PERANG BADR
Badar adalah nama sebuah lembah yang terletak di antara Mekah dan Madinah. Lembah ini diapit oleh dua bukit, yang mana di bahagian timur bukit bernama ‘Udwah al Qushwa’ dan di barat bukitnya bernama ‘Udwah ad Dunya’. Manakala di sisi selatan bernama bukit al-Asfal. Sebelum kedatangan Islam lagi, lembah itu memang sering menjadi laluan para kafilah pedagang dari Mekah dan Yaman yang ingin berdagang ke Syam. Tanahnya yang subur kerana memiliki campuran pasir dan tanah dengan beberapa mata air membuat kafilah selesa untuk beristirehat di situ.
Siapa sangka di lembah tersebutlah berlakunya pertempuran yang besar antara tentera Muslimin dengan musyrikin suatu ketika dulu iaitu Perang Badar. Tentera Muslimin yang hanya mempunyai tentera berjumlah 313 orang telah berlawan dengan tentera besar musyrikin Mekah iaitu kira-kira 3 kali ganda tentera Muslimin yang dikepalai oleh Abu Jahal. Allah telah membantu pihak Muslimin dengan mengirim tiga ribu Malaikat, maka pihak Muslimin telah memenangi dalam pertempuran itu. (3:124-126)
0 comments:
Post a Comment