Pada 14 Jun 2017, maka berakhirlah Bengkel Pengurusan Projek Global Islamic Student Outreach (GISO) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berlangsung selama dua hari.
Komitmen yang diberikan oleh para pelajar grup 'Road to Japan' (R2J) sepanjang bengkel berlangsung wajar diberi penghargaan.
Antara sebabnya adalah mereka sendiri yang mengambil inisiatif untuk mengundang GPTD ke sini. Ditambah pula mereka hanyalah pelajar tahun pertama dan sudah punya kesedaran mengurus projek secara serius. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang program ini diadakan terutamanya mengenai pengurusan sebelum, semasa dan selepas misi mereka ke Jepun seperti kemahiran mengambil gambar, melukis pelan dan pengetahuan mengumpul dana.
Kami mendoakan agar misi mereka ke Jepun berjaya pada tahun 2019 ini!
Berikut ialah antara aktiviti yang berlangsung sepanjang dua hari program ini dijalankan.
Presiden memberi penerangan mengenai cara melakar pelan |
Para pelajar memberi tumpuan sepenuhnya semasa sesi pembelajaran berlangsung |
Encik Hakim menerangkan tentang penggunaan aplikasi Google Translate |
Kuliyah tiga minit yang disampaikan oleh salah seorang pelajar di sana |
Pelajar melukis pelan jalan dalam sungai ketika sesi modul melukis pelan setempat |
Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan |
Antara lukisan pelan setempat yang dilukis oleh pelajar |
Bengkel diakhiri dengan penyampaian saguhati oleh wakil pelajar |
0 comments:
Post a Comment