Monday, June 05, 2017

INFO & TIPS (INTIP) – INFO 1001


KELEBIHAN MISWAK

Pernahkah kita terfikir apakah kelebihan bersiwak? Mengapa Rasulullah S.A.W mementingkan amalan siwak, serta menggalakkan kita untuk mengamalkannya?

Kita wajib untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran termasuk kekotoran di dalam mulut dan gigi. Pada abad ke-enam, Rasulullah S.A.W telah membersihkan giginya dengan menggunakan miswak. Ia merupakan amalan Rasulullah SAW yang sering dilakukannya sebelum menyempurnakan setiap pengambilan wuduk bagi menunaikan solat.

Siwak atau miswak (arab) adalah dahan atau akar dari pohon salvadora persica yang digunakan untuk membersihkan gigi, gusi dan mulut. Syarikat Farmasi Swiss, Pharba Basle L.td, telah membuat kajian ke atas kayu siwak ataupun lebih dikenali sebagai dahan pohon Salvadora persica. Mereka telah menemukan anti-bakteria pada kayu siwak yang mana ianya mampu memusnahkan kekotoran di dalam mulut yang menyebabkan jangkitan pada gusi dan gigi reput. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Universiti Riyadh, Saudi Arabia dan Universiti Indiana, Indiana, USA telah mengesahkan bahawa kayu siwak adalah tidak membahayakan dan ia merupakan bahan membasmi kuman yang paling efektif.

Jadi, mari sama-sama kita mengamalkan sunnah bersiwak ini!

0 comments: