123

Thursday, December 05, 2013

Kelas Bahasa Turki Telah Bermula!

Bermula 03 Disember 2013, kelas bagi Kursus Intensif Bahasa Turki telah dimulakan.  Seramai 35 orang peserta telah mendaftar bagi siri pertama kursus ini. Kursus yang dijadualkan berjalan selama 14 minggu ini dijangka tamat menjelang Mac 2014. Kelas yang dibimbing oleh Hoca Muhammad ini diadakan di Lantai Tiga Sekretariat GPTD, Gombak. Kepada anda yang berminat untuk mengikuti Kursus Intensif Bahasa Turki bagi siri seterusnya, nantikan...

Wednesday, November 20, 2013

Kelas Bahasa Turki akan bermula!

Click here for the map | Click here for Hayrat website | Click here for GPTD website | Image Map ...

Friday, November 15, 2013

PERKONGSIAN & HARAPAN | "APABILA AMMAR BERTEMU BIDADARINYA..."

Dipersembahkan oleh Hj. Ahmad Azam Ab Rahman (abah Ammar & pengasas GPTD) dengan penampilan khas Ustaz Hasrizal Jamil (Mentor Ammar dalam sejarah Uthmaniyyah)Tarikh: 17 November 2013 (Ahad)Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahariTempat: Dewan Masjid Asy-Syakirin KLCC Yuran: PERCUMATENTATIF:9.00 pagi - Tahlil ringkas9.30 pagi - Tayangan video10.00 pagi - Ceramah 1 (Ustaz Hasrizal)11.00 pagi - Sajak oleh pakcik Ammar11.05 pagi - Ceramah 2 (En. Azam)12.05...

Sunday, October 13, 2013

Projek Pembangunan Muallaf di Sabah

13 Oktober 2013, Ranau, Sabah - Beberapa orang relawan GPTD telah menjalankan projek Pembangunan Muallaf di Kg Sumbilingun, Ranau, Sabah selama 3 hari bermula pada 11 -13 Oktober 2013. Beberapa projek susulan telah dilancarkan iaitu pembinaan mini perpustakaan bagi masyarakat di kampung tersebut. Sumbangan buku juga banyak diterima daripada penyumbang-penyumbang yang budiman.Seterusnya relawan GPTD akan bergerak ke Kg Pandiwan, Nabawan untuk...

Friday, August 16, 2013

Jom Baraan 4.0

Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) dengan berbesar hati ingin menjemput saudara/saudari ke Jom Baraan 4.0 yang akan berlangsung pada 24 Ogos 2014 di sekitar Johor.Jom Baraan 4.0 merupakan program susulan daripada program Jom Baraan I, II dan III yang telah berjaya dilaksanakan pada Aidilfitri 1431H hingga 1433H yang lepas.Baraan merujuk kepada budaya masyarakat melayu Jawa Johor yang menyambut kedatangan Aidilfitri dengan amalan kunjung- mengunjung...

Monday, June 10, 2013

MyCorps is Recruiting!

Want to be a volunteer leader or humanitarian worker? Join MyCorps now & prepare yourself!Requirements:http://mycorps.my/wp-content/uploads/2012/11/SYARAT-KELAYAKAN-MENYERTAI-PROGRAM-MY-CORPS.docApplication form:http://mycorps.my/wp-content/uploads/2012/11/BORANG-PERMOHONAN-MyCorps.docRecruitment page:http://mycorps.my/pengambilan/By: MyCor...

Tuesday, May 21, 2013

Wisata Madani Turki 2013

20 Mei 2013, Sepang - Seramai 3 orang relawan iaitu Sdr Huzaifah (kiri), Sdr Najmudin (tengah) dan Sdr Anwar (kanan) akan meneruskan misi dokumentari wisata madani Turki yang telah berjalan sejak setahun yang lalu. Misi kali ini bagi merakam detik pembukaan Kota Konstantinopal mendapatkan beberapa bahan bagi melengkapkan dokumentari tersebut. Mereka akan berada di sana selama dua minggu manakala sdr Anwar akan menetap selama 4 bulan bagi...

Jejak Pattani 2013

Gambar relawan Pattani ketika majlis aqiqah anak Puan Ain Najwa, Setiausaha Kewangan (SUK) GPTD 19 Mei 2013, Greenwood - Seramai 7 orang relawan Jejak Pattani termsuk daripada mahasiswa Universiti Selangor (Unisel), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pertama kali penyertaan daripada mahasiswa Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) telah berrangkat ke Pattani dalam misi menjalankan projek kajian dan sosio budaya di wilayah Pattani. Insyallah...

Monday, May 13, 2013

Tahniah SUK GPTD Atas Kelahiran Putera Sulung

Tahniah diucapkan kepada Puan Ain Najwa Badrul Amin, Setiausaha Kewangan GPTD dan suami atas kelahiran putera sulung mereka seberat 2.37kg telah selamat lahir 10 Mei 2013, 4.15am di Hospital Selayang. Semoga diberikan kesihatan dan kekuatan kepada ibu dan anak hendakNya...

Wednesday, April 10, 2013

Mari Mengenal Rahsia Alam

Ilmu falak yang sudah lama dipinggirkan. Suatu ketika dulu, umat Islam cukup hebat dalam membaca fitrah pergerakan matahari dan bulan dalam menentukan banyak perkara. Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui rahsia alam lebih lanjut. Ayuh ke sesi pengenalan percuma ini! Sila hubungi 0176665958 untuk sebarang persoalan...

Tuesday, March 26, 2013

Takziah atas pemergian Ust Muhammad Uthman El-Muhammadiy

Al-Fatihah untuk Allahyarham Ust Muhammad Uthman El-Muhammadiy, yang telah kembali ke rahmatullah petang semalam di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur. Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan UIAM, Sungai Pusu setelah solat jenazah di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM pada 26 Mac (hari ini) selepas zohor. Semoga Allah merahmati rahmat ke atas roh beliau Amin. Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan,...

Tahniah kepada Pengasas GPTD

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pengasas GPTD, Tn Haji Ahmad Azam Ab Rahman yang juga Timbalan Presiden WADAH Wadah Pencerdasan Umat, Pengerusi GPM Global Peace Mission (GPM) Malaysia serta Pengerusi FGN kerana telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung Union of NGOs of The Islamic World (UNIW). Beliau juga adalah Pengasas dan Ahli Majlis UNIW (Malaysia) selama 3 penggal di samping menjadi Pengerusi Suruhanjaya Sosial, Kemanusiaan dan...

Monday, March 18, 2013

Yok Serbu DOH!!!

Dijemput kepada semua untuk ke Diskusi Obat Hati (DOH). Ianya adalah siri diskusi grup umum menjemput tokoh-tokoh jemputan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. DOH kali ini menampilkan pengasas GPTD, Ahmad Azam Ab Rahman.  Butiran lanjut seperti di poster: ...

Tahniah Datuk Baha Zain Sasterawan Negara ke-12

Di kesempatan ini, GPTD ingin mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada SN Dato Baha Zain atas anugerah Sasterawan Negara ke-12 baru-baru ini.Semoga dengan penganugerahan ini dapat menjadi pemangkin kepada anak muda untuk bergiat aktif dalam memperjuangkan bahasa dan bangsa tidak kira di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Klik SINI untuk berita penganugerahan beliau...

Thursday, March 14, 2013

Grup Wali Songo di Semarang

27 Januari 2013, Semarang - Kunjungan Grup Wali Songo, GPTD ke Indonesia pada Januari yang lalu mendapat liputan di laman web jaringan pelajar disana.   Himpunan Mahasiswa Islam (HMI), Indonesia merupakan sebuah organisasi mahasiswa (NGO) yang berperanan dalam mengerakkan misi membina mahasiswa Indonesia yang dinamik. Penekanan terhadap pembinaan individu diutamakan bagi membentuk mahasiswa yang berdaya mampu dalam membangunkan Negara...

Tuesday, February 26, 2013

Pertemuan bersama tokoh guru

21 Februari 2013, Seremban - Satu pertemuan telah diadakan antara pimpinan GPTD dan tokoh pendidik iaitu Cikgu Anisah Abdullah dan Cikgu Norizan dalam merangka untuk membuat program-program turun sekolah. Antara program yang telah diperbincangkan adalah program memupuk minat membaca di kalangan pelajar. Kami sangat bertuah kerana bertemu dengan guru-guru ini kerana mereka sangat menyokong dan memberi pengisian untuk pembangunan modul membaca...

Tuesday, February 19, 2013

Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 GPTD Meriah

  17 Februari 2013, Kuala Lumpur - Alhamdulillah GPTD telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-2 yang bertempat di Dewan Mawar, Perpustakaan Kuala Lumpur. Antara usul yang telah ditekankan dalam mesyuarat tersebut ialah fokus penulisan. Ramai relawan GPTD telah melakukan misi di luar negara tetapi masih belum mempunyai penulisan seperti artikel, majalah atau buku. Oleh itu fokus tahun ini memberikan latihan kepada...

Thursday, February 14, 2013

Jemputan Perkongsian Pengalaman

Sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 GPTD membawakan Siri Perkongsian Pengalaman bersama relawan yang baru menyelesaikan misi di Indonesia. Peluang kepada anda untuk mengenali projek yang mereka laksanakan di sana. Tempat terhad. Untuk mendaftar sila sms [NAMA] [INSTITUSI] [NEGERI] ke 017-6665958 (Hakim). ...