17 Februari 2013, Kuala Lumpur - Alhamdulillah GPTD telah selesai
mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-2 yang bertempat di
Dewan Mawar, Perpustakaan Kuala Lumpur. Antara usul yang telah
ditekankan dalam mesyuarat tersebut ialah fokus penulisan. Ramai relawan
GPTD telah melakukan misi di luar negara tetapi masih belum mempunyai
penulisan seperti artikel, majalah atau buku. Oleh itu fokus tahun ini
memberikan latihan kepada relawan untuk menghasilkan sebuah penulisan
hasil misi-misi mereka yang telah dilaksanakan. Selain itu usul untuk
memperbaiki sistem kerja GPTD melibatkan sistem pejabat dan keahlian.
Ini kerana ramai ahli yang telah berdaftar tetapi masih tidak dapat
dibuat tindakan susulan yang baik. Insyallah dengan adanya sistem ini
sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan gerak kerja GPTD yang lebih
terancang.
Sebelah petangnya pula telah diadakan sesi perkongsian pengalaman melibatkan dua grup yang telah menjalankan misi di Indonesia iaitu Grup Ibn Battutah dan Grup Wali Songo. Setiap grup telah membentangakan projek yang telah dijalankan di sana serta perancangan akan datang yang boleh dilakukan. Terdahulu grup Ibn Battutah telah menyambung siri menjejak pelayaran Ibn Battutah sendiri termasuk menjejak tokoh-tokoh Nusantara yang berada di kawasan sekitarnya. Grup Wali Songo pula meneruskan misi penubuhan perpustakaan psanteren di Cirebon serta menjejak kesan Wali Songo.
0 comments:
Post a Comment