Tuesday, March 26, 2013

Takziah atas pemergian Ust Muhammad Uthman El-Muhammadiy

Al-Fatihah untuk Allahyarham Ust Muhammad Uthman El-Muhammadiy, yang telah kembali ke rahmatullah petang semalam di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur.

Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan UIAM, Sungai Pusu setelah solat jenazah di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM pada 26 Mac (hari ini) selepas zohor. Semoga Allah merahmati rahmat ke atas roh beliau Amin.


Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya.

Memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam; menjadi tutor dan mendapat M.A; dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.), Universiti Sains Malaysia (USM); dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia.

Dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur sejak 1995 hingga 2008. Kemudian dilantik semula hingga 2010.

Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.

0 comments: