Alhamdulillah. 10 orang sukarelawan (7 orang daripada Unisel, seorang daripada UIA, UNIMAP, dan Al Islam Medical Centre) dipimpin oleh Saudara Wan Ab Rahman atau lebih mesra dengan gelaran Che' We telah bertolak ke Kelantan pada jam 10.30 malam tadi (2 Ogos 2012) bagi meneruskan misi Kembara Ramadan @Patani.
Jika sebelum ini
Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio-Budaya Jejak Patani telah berjaya direalisasikan oleh GPTD Unisel, kini tiba masanya untuk menguatkan lagi hubungan yang telah terbina.
Gambar para sukarelawan yang bertolak malam tadi |
Kami daripada GPTD Pusat mendoakan agar perjalanan misi Rahmatan lil-'Alamin ini dipermudah dan senantiasa diberkati-NYA. Ameen.
p/s: Jam 7.00 pagi ini dikhabarkan bahawa mereka telah bergerak ke sempadan imigresen Thailand melalui Pengkalan Kubur
0 comments:
Post a Comment