Masjid Huaisheng, Guangzhou, China |
27 Ogos 2012 - Alhamdulillah kami (Abdul Hakim Shahbuddin, Arina Abd Ghani, Hdariyani Kampun) selamat mendarat di Bai Yun International Airport pada pukul 12.30 pagi. Manakala Sdri. Nor Sakinah Ya’cub selamat sampai lebih awal iaitu 9.00 malam. Waktu di China dan Malaysia tidak ada berbeza, yang hanya membezakan adalah waktu solat dan waktu gelap dan terang yang agak cepat di China.
Bergambar di pintu gerbang Masjid Huaisheng |
Hari ini kami dapat menyelesaikan beberapa urusan utama seperti membeli tiket keretapi untuk ke Kunming, Yunnan tempat utama dalam menjejaki dakwah Cheng Ho. Faktor bahasa menjadi kesukaran kepada kami. Seperti ayam dan itik. Tapi akhirnya urusan dapat diselesaikan walaupun ia mengambil masa yang lama. Hari ini juga kami dapat melawat masjid Huaisheng berhadapan tempat kami menginap. Tempat yang tenang di samping makanan halal yang mudah diperolehi.
Berurusan membeli tiket keretapi Guangzhou – Kunming |
Insyallah esok malam kami akan bertolak ke Kunming yang akan mengambil masa 26jam. Doakan kami selamat sampai pergi dan pulang. Setakat ini sahaja dahulu catatan perjalanan kami.
Kami akan kemaskini dari semasa ke semasa bergantung kepada internet yang ada dan kekangan media sosial yang disekat.
Bersambung...
Grup Cheng Ho
Sumber: Saudara Abdul Hakim Shahbuddin
0 comments:
Post a Comment