Tiket ke Kunming sudah dibeli. Untuk memastikan kami tidak terlepas keretapi 5 jam awal kami sudah menunggu di Setesen Keretapi Guangzhou. Teramat ramai manusia yang mahu menaiki keretapi. Tapi ternyata penduduk di sini sedia membantu walaupun tidak memahami bahasa antara satu sama lain. Sudah masuk gerabak keretapi. Bergerak pada pukul 9.08 malam dan sampai pada jam 11.00 malam. Perjalanan dari Guangzhou ke Kunming memberi satu pengalaman baru. Bayangkan 26 jam hanya duduk di kerusi untuk sampai ke destinasi. Sakit badan dibuatnya. Melihat gelagat penumpang di sini kadang-kadang menceriakan kami sepanjang perjalanan.
Misi lain kami sampai di sini ialah berpuasa sunat Aidilfitri. Alhamdulillah 2 hari berpuasa di sini telah Berjaya dilaksanakan. Walaupun berbekal kurma, roti & buah-buahan.
Tepat jam 11.08 malam kami tiba di Bandar Kunming. Suhu di sini lebih sejuk berbanding di Guangzhou lebih kurang 19C. Kami telah disambut oleh En Faizul staf Konsulat Malaysia di Kunming. Kami sangat bersyukur dipertemukan dengan En Faizul yang sangat membantu. Kami dibawa makan kerana seharian di keretapi tidak mendapat makanan berat. Selepas itu kami bersama En faizul berjalan mendapatkan tempat menginap. Hampir 2 jam berjalan tidak jumpa kerana semua penuh.
Allah maha Hebat. Kami dipelawa menginap di rumah Pak Jam orang Malaysia sudah menetap di Kunming hampir 8 tahun. Hari ini kami akan ke Jinming bertemu dengan En Mani (waris generasi ke-20 ChengHo). Kami sangat teruja untuk bertemu beliau.
Nanti kami akan kemaskini hasil pertemuan dengan beliau.
Bersambung…
1 comments:
Boleh saya dapatkan contact no pak jam malaysia tu?
Post a Comment