123

Friday, August 31, 2012

Jom Baraan III

Jom Baraan III merupakan program susulan daripada program Jom Baraan I dan II yang telah berjaya dilaksanakan pada Aidilfitri 1431H dan 1432H yang lepas. Baraan merujuk kepada budaya masyarakat melayu Jawa Johor yang menyambut kedatangan Aidilfitri dengan amalan kunjung- mengunjung dari sebuah rumah ke rumah yang lain sambil memperdendangkan alunan marhaban dan berzanji. Maka dengan ini, GPTD Pusat ingin menjemput rakan-rakan sekalian untuk...

Thursday, August 30, 2012

Jejak Cheng Ho #2 – Selamat Tiba di Kunming, Yunnan

Tiket ke Kunming sudah dibeli. Untuk memastikan kami tidak terlepas keretapi 5 jam awal kami sudah menunggu di Setesen Keretapi Guangzhou. Teramat ramai manusia yang mahu menaiki keretapi. Tapi ternyata penduduk di sini sedia membantu walaupun tidak memahami bahasa antara satu sama lain. Sudah masuk gerabak keretapi. Bergerak pada pukul 9.08 malam dan sampai pada jam 11.00 malam. Perjalanan dari Guangzhou ke Kunming memberi satu pengalaman baru....

Monday, August 27, 2012

Jejak Cheng Ho #1 - Selamat Tiba di Guangzhou, China

Masjid Huaisheng, Guangzhou, China 27 Ogos 2012 - Alhamdulillah kami (Abdul Hakim Shahbuddin, Arina Abd Ghani, Hdariyani Kampun) selamat mendarat di Bai Yun International Airport pada pukul 12.30 pagi. Manakala Sdri. Nor Sakinah Ya’cub selamat sampai lebih awal iaitu 9.00 malam. Waktu di China dan Malaysia tidak ada berbeza, yang hanya membezakan adalah waktu solat dan waktu gelap dan terang yang agak cepat di China.  Bergambar di...

Misi Eksplorasi Dakwah Laksamana Cheng Ho Bermula!

26 Ogos 2012 - Alhamdulillah, pada hari ini 4 orang aktivis GPTD Cheng Ho iaitu Saudara Abdul Hakim Shahbuddin, Saudari Hdaryani Kampun, Saudari Arina Abdul dan Saudari Nor Sakinah Ya'cub telah berlepas ke negara China bagi meneruskan misi "Jejak Laksamana Cheng Ho di China". Pengembaraan ini akan mengambil masa selama dua minggu iaitu dari 26 Ogos 2012 hingga 7 September 2012 di sekitar daerah Guangzhou & Kunming, Yunnan.  InsyaAllah...

Friday, August 24, 2012

Misi Dakwah di Pulau Cocos

  21 Ogos 2012, Cocos Island, Australia - Sukarelawan GPTD- ABIM Saudara Mohd Shazni Abdullah, sedang bertugas di Pulau Cocos, Australia dalam misi menyampaikan dakwah di sana. Beliau yang dijangka berada di sana dalam tempoh beberapa bulan ini telah diberi kesempatan untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama penduduk melayu di sana. Antaranya seperti imam taraweh, khatib jumaat dan aidilfitri, mengajar Al-Quran dan juga fardhu ain kepada...

Thursday, August 16, 2012

Tradisi Baraan

Selalunya kumpulan ini melibatkan pelbagai peringkat, sama ada lelaki sahaja atau pompuan sahaja, kanak-kanak remaja dan dewasa. Ini bergantung kepada sesuatu masyarakat di kampung atau taman perumahan berkenaan. Mereka akan bergaya dengan pakaian raya yang lengkap. Dalam melakukan ziarah atau kunjungan dari hujung ke hujung kampung atau taman sama ada secara berbasikal atau bermotor, mereka bersalam-salaman bermaaf-maafan antara satu sama...

Tuesday, August 07, 2012

Jejak Laksamana Cheng Ho di China

Seramai 4 orang aktivis dari Grup Cheng Ho akan manjalankan misi "Jejak Laksamana Cheng Ho di China" pada hari raya ini. Pengembaraan yang akan mengambil masa hampir dua minggu mejelajah daerah Guangzhou & Kunming Yunnan. Antara objektif misi ini adalah mengkaji pengkisahan sejarah laksamana cheng ho sambil melakukan aktiviti khidmat sosial seperti melawat masjid-masjid di china dan madrasah serta kajian ketamadunan. Di samping itu juga,...

Saturday, August 04, 2012

Bengkel Cungkil Bakat Seni Reka Peserta

28 Julai 2012, Taman Cemerlang - GPTD telah berjaya menganjurkan Bengkel Asas Photoshop dengan kerjasama Serambimaya Resources dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang diadakan di Pusat Pembangunan Belia Islam, Taman Cemerlang, Kuala Lumpur. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta membina daya kreativiti dalam menghasilkan sesuatu rekabentuk. Selain itu ia juga dapat mencugkil bakat-bakat terpendam para peserta. Alhamdulillah...

Friday, August 03, 2012

Kembara Ramadan @Patani 2012

Alhamdulillah. 10 orang sukarelawan (7 orang daripada Unisel, seorang daripada UIA, UNIMAP, dan Al Islam Medical Centre) dipimpin oleh Saudara Wan Ab Rahman atau lebih mesra dengan gelaran Che' We telah bertolak ke Kelantan pada jam 10.30 malam tadi (2 Ogos 2012) bagi meneruskan misi Kembara Ramadan @Patani. Jika sebelum ini  Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio-Budaya Jejak Patani telah berjaya direalisasikan oleh...

Wednesday, August 01, 2012

Jelajah Dakwah di Pulau Kokos 2012

Saudara Kamarul Arifin (kiri) bergambar bersama Mohd Shazni (kanan) sebelum berlepas ke Pulau Kokos  Alhamdulillah, tanggal 28 Julai 2012 seorang lagi aktivis dakwah Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) telah berlepas ke Pulau Kokos, Australia bagi meneruskan misi Rahmatan lil-'Alamin yang telah terbina sejak lebih 5 tahun lalu.  Jika sebelum ini saudara Muhammad Suhail bin Ahmad telah menginfakkan diri di sana pada tahun 2008 selama...