Thursday, August 05, 2010

Salam Ukhuwwah dari Turin, Itali



Turin, 1 Ogos / 19 Syaaban - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah meneruskan siri jelajah ukhuwwah dalam usaha membina jaringan ukhuwwah dan mahabbah dengan masyarakat seluruh dunia. Terbaru, beliau mengunjungi bumi pasukan bola sepak Juventus di Turin, utara Itali. Kehadiran beliau di sana telah dihoskan oleh saudara Irfan Azri Riccardo Perlo, muallaf tempatan yang baru setahun memeluk agama Islam.

Dihari ketiga, saudara Jufitri telah membuat kunjungan persahabatan ke Masjid Tayyibah dan Persatuan Islamiyyah Al-Alb. Masjid Tayyibah merupakan Masjid terbesar di Turin. Imam Besar Masjid Tayyibah, Sheikh Said Ait El Jide bersama dua AJK Pemudanya telah menyambut kedatangan saudara Jufitri dan saudara Irfan Riccardo.

Turin atau dalam bahasa Italinya Torino merupakan tempat asalnya kereta berjenama Alfa Romeo dan baju sukan berjenama Kappa (Jenama utama Jersi Pasukan Itali). Selain itu, Turin juga merupakan bandar PBB bagi Pusat Latihan Antarabangsa.

Apa yang penting, saudara Jufitri juga sudah merisik untuk membina jaringan dengan Sicily, selatan Itali yang pernah diperintah Kerajaan Islam selama lebih 200 tahun dan saudara Irfan bersetuju membantu menghubungkan GPTD dengan Sicily.