Sunday, August 15, 2010

Sambutan Hari Belia Antarabangsa & Bengkel 'The Exchange Factor'



Newcastle, 12 Ogos / 2 Ramadan
- Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah menghadiri sambutan Hari Belia Antarabangsa peringkat Utara-Timur England. Bersempena hari tersebut telah diadakan Bengkel 'The Exchange Factor' bagi membincangkan program Pertukaran Belia dan Kesukarelaan Antarabangsa di peringkat Kesatuan Eropah.

Beberapa pertubuhan yang menawarkan program kesukarelaan antarabangsa telah tampil berkongsi pengalaman dan gerak kerja mereka di luar negara seperti Global Xchange (www.globalxchange.org.uk), VSO (www.vso.org.uk), Platform 2 (http://www.myplatform2.com/) dan Raleigh (www.raleighinternational.org).

Bengkel ini adalah anjuran Regional Youth Work Unit of North East (RYWU) dan RYWU menurut Mr, Leon Mender (gambar, berdiri sebelah kiri) bersetuju membantu GPTD meluaskan jaringan projeknya ke negara-negara Komanwel.