123

Wednesday, October 29, 2008

Projek GPTD Sri Lanka

Seramai 6 orang sukarelawan gptd (2 lelaki, 4 Perempuan) akan menjayakan Misi Kesukarelaan ke Sri Lanka.- Raja Nurul Balqis Raja Md Arif- Ahmad Fahmi Mohd Samsudin- Nadzifatul Huda Sabri- Syahrir Azfar Saleh- Siti Nur Dalila Melatu Samsi- Ain Najwa Badrul AminMisi ini bertujuan untuk untuk membuat jaringan hubungan bersama masyarakat Melayu di Sri Lanka dan mengenal pasti belia-belia melayu yang berpotensi untuk diberi latihan dakwah di Malaysia...

Suhail @ Pulau Kokos: Kelas Bermula

Di sini ajaran Islam adalah ikut-ikutan. Tiada sistem pembelajaran yang teratur. Bacaan solat contohnya dipelajari secara dengar-sebut.Pernah tak korang bermain modul dengar-sebut? Seorang diberikan satu mesej untuk dihafal. Kemudian suruh dia beritahu kawan sebelahnya mesej yang sama. Begitu juga dengan orang-orang seterusnya. Akhirnya, barulah orang terakhir itu membacakan mesejnya.Kebiasaannya, mesej yang diterima di akhir tu tak sama dengan yang diberikan. Jadi, sama jugalah nasib kebanyakan orang di sini yang ada bacaan solatnya tidak berapa...

Tuesday, October 28, 2008

GPTD @ UNITEN

Bangi - GPTD telah dijemput menghadiri pelancaran 3 sahabat di bawah Persatuan Pengajian Islam dan Peradaban, Masjid Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). GPTD diwakili oleh Pengerusi Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) saudara Jufitri bin Joha. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Zaki Abdul Rashid, Ketua Unit Kerajaan dan Komuniti Tenaga Nasional Berhad (TNB). Encik Ahmad Zaki telah melancarkan 3 sahabat iaitu Sahabat Unicomserve...

TRAGEDI HITAM DI KASHMIR : DIMANAKAH PENGHUJUNGNYA?

Dalam wacana sempena memperingati tragedi 27 Oktober 1947 ataupun lebih dikenali sebagai Kashmir Black Day baru-baru ini, Prof Arif Zakaullah menegaskan bahawa kemelut yang masih melanda Kashmir sehingga ke hari ini tidak seharusnya dilihat dari perspektif sempit, konflik di antara India dan Pakistan mahupun antara komuniti Islam serta Hindu semata-mata.Sebaliknya, tragedi yang telah meragut ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa itu seharusnya dilihat sebagai sebuah simbol kegagalan masyarakat antarabangsa menangani krisis kemanusiaan yang berlaku...

Siri Jelajah Dakwah : Pulau Kokos

Sukarelawan sepenuh masa GPTD, Sdr. Suhail kini telahpun berada di Pulau Kokos bagi menjayakan projek imam muda di Pulau Kokos (Keeling), Australia bagi tempoh 2 bulan.Beliau yang dijadualkan ke China Oktober lalu terpaksa menangguhkan sementara projeknya berikutan terdapat sedikit kesulitan. Beliau dijangka menyambung kembali misi ke China pada Februari 2009.Seluruh warga GPTD mendoakan keselamatan, kejayaan dan keberkatan beliau di sana.Perkembangan...

Usrah & Mesyuarat AJK

Usrah AJK GPTD telah dijalankan pada Jumaat 24 Syawal yang lalu. Sdr. Yusni, Pengarah Unit Kajian dan Penerbitan GPTD telah mengisi sesi dengan membawakan pengalaman peribadi beliau 'berinteraksi' dengan al-Quran. Usrah turut dihadiri oleh penggerak grup Sri Lanka. Mesyuarat AJK menyusul selepas solat Isyak berjema...

Monday, October 27, 2008

Suhail @ Pulau Kokos: Selamat Tiba

Walaupun terdapat kesulitan pada awal penerbangan kerana visa tidak disediakan agen penerbangan, alhamdulillah berkat doa semua, visa sempat disiapkan di saat-saat akhir.Internet connection di sini limited. Jadi, kemungkinan untuk selalu update tentang keadaan di sini agak sukar. Saya selamat tiba di Pulau Kokos pada 27.10.2008 jam 6.00pagi (7.30 malam waktu Malaysia).Masyarakat di sini sangat beradab dan suka mengamalkan solat berjemaah. Orang tua sangat disenangi dan anak muda sangat menghormati mereka. Kecil sahaja pulaunya. Cantik. Nanti ada...

Thursday, October 23, 2008

Kashmir Black Day 2008 - ABIM's Media Statement 22nd October 2008 / 22 Syawal 1429H

Kashmir Black Day, the annual commemoration of the landing of Indian security forces in Srinagar on Oct. 27, 1947, is being observed to highlight the plight of Kashmiris caused by India’s deployment of 700,000 troops in the valley. Thousands of its inhabitants had been martyred. The Jammu and Kashmir dispute is one of the oldest unresolved issues of the world and one that has always remained a top priority for the Muslim Youth Movement of Malaysia...

Walimatul-'Urus: Addawiyah & Suhaib

Tahniah diucapkan kepada pasangan Addawiyah Salim - Suhaib Shafii di atas berlangsungnya majlis perkahwinan mereka pada 19 Oktober lalu.Addawiyah merupakan sukarelawan bagi Grup United Kingdom (UK), manakala suami beliau, Suhaib Shafii merupakan Presiden Kumpulan Sokongan Pelajar Melayu UK (MUSST).Addawiyah akan meneruskan tugasnya sebagai koresponden GPTD di UK sekembalinya pasangan tersebut ke sana.Semoga perkahwinan mereka diberkati dan berkekalan...

Wednesday, October 15, 2008

Al-Fatihah Dan Belasungkawa

Dukacita dimaklumkan bahawa bapa kepada Sdr. Azril Mohd Amin (Naib Presiden Antarabangsa ABIM yang juga merupakan Penasihat GPTD) telah kembali ke Rahmatullah pada jam 10:45 pagi, 15 Oktober 2008 di Serdang, Selangor.Jenazah disolatkan di Masjid Asy-Syakirin selepas Asar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota.Seluruh warga GPTD mengucapkan takziah kepada beliau dan seisi keluarga. Didoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat...