Tahniah diucapkan kepada pasangan Addawiyah Salim - Suhaib Shafii di atas berlangsungnya majlis perkahwinan mereka pada 19 Oktober lalu.
Addawiyah merupakan sukarelawan bagi Grup United Kingdom (UK), manakala suami beliau, Suhaib Shafii merupakan Presiden Kumpulan Sokongan Pelajar Melayu UK (MUSST).
Addawiyah akan meneruskan tugasnya sebagai koresponden GPTD di UK sekembalinya pasangan tersebut ke sana.
Semoga perkahwinan mereka diberkati dan berkekalan hingga akhirnya.