08 Februari 2007, Anjung Rahmat - Tepat jam 9.30 malam di Bilik Mesyuarat GPM, Wacana Islam di German telah berlangsung dan disampaikan oleh Dr. Mohd Farid Shahran tentang perkongsian pengalaman, perdebatan, dialog yang beliau hadiri di sana dikongsikan kepada kami. Beliau sebagai wakil ABIM dan di antara Islam dan Kristian di German.Dr. Farid juga menekankan isu budaya membaca di kalangan rakyat German yang sangat kuat dan wujudnya pelbagai kedai buku yang terdapat di sana. Ini satu contoh yang boleh diteladani di kalangan rakyat Malaysia. Majlis ditangguhkan pada pukul 11.00 malam dan para hadirin bersurai.



