Monday, March 05, 2007

USRAH GPTD

28 Januari 2007, Gombak- Seramai 15 orang, di rumah saudara Noryzal berhadapan dengan Anjung Rahmat. Kisah-kisah teladan zaman nabi seperti Abd. Rahman vin Auf, Ali bin Abi Talib, Abu Bakar, Nabi Khidir dan hikmah Surah Al-Ikhlas diceritakan oleh pengasas GPTD Tuan Hj. Ahmad Azam Abd. Rahman.
Seorang ahli GPTD tidak boleh mengeluh, ia seperti menifasti kecewa atau tidak redha bahawa Allah tidak adil. Pesanan En. Azam kepada semua ialah membina kekuatan rohani, membina spiritual, menjaga hubungan dengan Allah (حبل من الله وحبل من الناس) dan selawat ke atas Nabi S.A.W. Allah menguji hambanya mengikut kemampuan masing-masing.
Selain itu, maklumat dan program terkini GPTD dihebahkan kepada semua selepas usrah. Mutiara kata dari Saudara Suhail kepada adik jangan terlalu yakin dengan kerja dakwah selagi tidak menempuh halangan. Waktu belajar, bekerjaya, berumah tangga, mempunyai anak (kemewahan) dan bila umur sudah meningkat. Majlis bersurai pada pukul 11.00 malam.