Monday, March 05, 2007

03 Mac 2007, Danau Kota - Alahamdulillah setelah beberapa siri penangguhan akhirnya GPTD selesai melaksanakan Induksi. Bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir hampir pada jam 3.00 pagi mengatur semula organisasi dan merangka halatuju GPTD selepas ini dan masa akan datang. Tahniah kepada Saudara Noryzal Zainal Abidin diamanahkan sebagai Ketua Penyelaras yang baru. Tahniah juga kepada pimpinan dan exco yang lain dengan perlantikan yang diamanahkan. Sama-samalah kita berganding bahu untuk menggerakkan GPTD.