16 Februari, 2007 -Janda Baik- Exco Skil dan Sukarelawan (SKAWAN) telah menganjurkan Kem Sukarelawan dan Jatidiri (SAKTI 07) selama tiga hari bermual pada 16hb hingga 18hb Februari 2007. Lebih kurang 80 orang peserta termasuklah dari Kolej Lagenda, UIA, Matrik UIA, UniKL(MFI, BMI, MSI,), Maahad Johor, IIC, Kolej Sunway, Unisel, UPM, Darul Quran dan UiTM. Kem ini bertujuan memperkenalkan GPTD serta mendedahkan kepada mereka tentang kerja-kerja sukarelawan dan membentuk jatidiri para peserta. Program juga diisikan dengan slot bersama Shahrul Azilan Mohd Said (Tokoh Belia Negara 2005) dan Nizal Mohammad (Pengacara TV3). Insyallah selepas ini setiap kolej akan membuat perancangan susulan untuk mengerakkan lagi GPTD di setiap kampus atau kolej mereka.