Thursday, January 04, 2007

Takziah buat pejuang


REMBAU - Seorang penggerak utama GPTD telah dimasukkan ke hospital kerana kecederaan tulang belakang akibat terjatuh dalam program yang sedang berlangsung di sini.

Khairuddin Md Nor, telah terjatuh di satu jeram sewaktu melalui kawasan tersebut. Beliau yang juga merupakan nadi utama dalam menggerakkan program pertukaran belia itu walaubagaimanapun masih sihat dan cergas.

Pihak hospital menyatakan kehairanan apabila tiada komplikasi berlaku terhadap sistem saraf beliau walaupun tulang belakang (berhampiran kawasan tengkuk) patah. Alhamdulillah, Allah Yang Maha Kuasa telah meringankan kesakitan yang dialaminya.

Program Pertukaran Belia yang disertai aktivis-aktivis GPTD di Australia, Arab Saudi dan United Kingdom masih berlangsung sehingga 5.1.2007 melibatkan dua lokasi iaitu Negeri Sembilan dan Melaka.

Kepada sesiapa yang ingin menziarahi saudara Khairuddin, beliau boleh dikunjungi di Tingkat 2, Wad 5, Katil 36, Hospital Besar Kuala Lumpur. Beliau ditempatkan di sini sejak pagi tadi sehingga kecederaannya pulih sepenuhnya.

Kami memohon doa daripada semua aktivis agar beliau segera sembuh dan dipermudahkan urusan. Gambar-gambar lain boleh dimuat turun di http://otyc.fotopages.com.