Friday, December 15, 2006

World Civilization Research Group - GPTD


wednesday, december 13,2006

Wacana Bulanan GPTD-"Meneladani Kejatuhan Uthmaniyyah"
oleh Ustz.Hj. Hasrizal Bin Abdul Jamil


13 Disember, 2006 -Dewan Seminar 2, Anjung Rahmat- GPTD telah menganjurkan Wacana Bulanan GPTD bertajuk seperti tertera di atas yang disampaikan oleh Ustz. Hasrizal selama dua jam yang bermula pada pukul 8.30 malam. Majlis dipengerusikan oleh saudara Najmuddin dengan mengalu-alukan kedatangan jemputan seramai 31 orang, selepas pendaftaran, tanyangan video berkaitan Sultan Muhamad Al-Fateh ditayangkan sementara menantikan para jemputan lain yang hadir. Tepat jam 9.30 malam ustaz memulakan diskusi beliau berkaitan dengan sejarah, salasilah kerajaan Uthmaniyyah dan cabaran-cabaran yang dihadapi ketika kerajaan Turki ditadbir oleh kerajaan ini. Sultan Abdul Hamid 2 iaitu sultan yang ke-34 Khalifah Uthmaniyyah, dibentangkan oleh ustaz, pembetangan itu adalah berkaitan bagaimana beliau mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh kerajaan Turki ketika zaman kejatuhan Uthmaniyyah. Pelbagai teladan dan pengajaran yang boleh diperolehi oleh kita untuk menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Tepat jam 11 malam tayangan video promosi perentas Laos misi 3 dan eksplorasi Sepanyol ditayangkan kepada para hadirin. Selepas itu semua hadirin dijemput ke jamuan ringan yang telah disediakan.