wednesday, january 24,2007
Wacana Bulanan GPTD-"Meneladani Kejatuhan Uthmaniyyah (Siri 2)"
oleh Ustz.Hj. Hasrizal Bin Abdul Jamil
24 January, 2006 -Surau Multipurpose Room, Anjung Rahmat- GPTD telah menganjurkan Wacana Bulanan GPTD bertajuk seperti tertera di atas yang disampaikan oleh Ustz. Hasrizal bermula pada pukul 8.30 malam. Majlis dipengerusikan oleh saudara Najmuddin dengan mengalu-alukan kedatangan para jemputan. Selesai solat isyak berjemaah, ustaz memulakan diskusi beliau berkaitan dengan sejarah, salasilah kerajaan Uthmaniyyah dan cabaran-cabaran yang dihadapi ketika kerajaan Turki ditadbir oleh kerajaan ini rentetan dari siri yang lepas. Sultan Abdul Hamid 2 iaitu sultan yang ke-34 Khalifah Uthmaniyyah, sekali lagi dibentangkan oleh ustaz, pembetangan itu adalah berkaitan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kerajaan Turki ketika zaman kejatuhan Uthmaniyyah, gerakan PAN ISLAMISMA dan manusia kejam Ataturk. Pelbagai teladan dan pengajaran yang boleh diperolehi oleh kita untuk menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Tepat jam 10.30 malam tayangan video 'Kejatuhan Islam di Turki' ditayangkan kepada para hadirin. Maklumat yang diberi oleh ustaz sangat menarik, memberi kesan dan menusuk kalbu hati penonton.Begitu rupanya,betapa besar impak yang diberikan oleh Antartuk, dapat dilihat dalam tayangan tersebut. Selepas itu semua hadirin dijemput ke jamuan ringan yang telah disediakan.
"Malam ini saya berpeluang menyambung kembali diskusi saya di dalam siri Diskusi Sejarah anjuran Gabungan Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD). Tajuk pada malam ini berkisar tentang latar belakang negara yang diwarisi oleh Sultan Abdul Hamid II ketika menaiki takhta pada 31 Ogos 1876. Saya sengaja membawa perbincangan kepada meneliti keadaan Mesir di era pemerintahan Muhammad Ali Pasha dan keturunan-keturunannya (1805 - 1952/3). Saya tidak mahu strategi Sultan Abdul Hamid II di dalam gagasan Pan Islamisma baginda diperlekeh. Hadirin perlu meletakkan diri mereka di tempat Sultan Abdul Hamid II dan hadapkan wajah kepada segala sengketa yang berlaku di Mesir, maka tahulah kita semua betapa dahsyatnya situasi pemerintahan Othmaniyyah, ketika Sultan Abdul Hamid II" Ust. Hasrizal.
(SUMBER: www.saifulislam.com)