Sunday, January 14, 2007

Wacana Bulanan GPTD: "Islam di China"

Oleh Cikgu Abu Hassan Morad



12 Januari, 2007 -Anjung Rahmat- GPTD China dengan kerjasama Islamic Outreach ABIM (IOA) telah menganjurkan Wacana Bulanan GPTD bertajuk seperti tertera di atas yang disampaikan oleh Cikgu Abu Hassan Morad penerbit rancangan Syahadah: Islam di China yang bermula pada pukul 3.00 petang. Majlis dipengerusikan oleh saudara Jufitri Joha pengerusi GPTD. Dihadiri seramai 14 orang termasuk dari ABIM, IOA, GPM dan GPTD. Wacana ini bertujuan mendedahkan sedikit sebanyak perkembangan Islam di China yang mana kita tahu bahawa China adalah negara yang terawal menerima Islam. Cikgu Hassan juga memaparkan gambar-gambar yang menggambarkan situasi Islam di sana. Wacana ini juga membantu kami untuk membuat kajian di sana dengan lebih mudah dan lancar.