123

Sunday, July 31, 2005

Budi bahasa - Amalan Melayu Phuket

Rencana M.SHAKIR FAHMI FAKHRULRAZIPertama kali menjejakkan kaki ke luar negara, hati saya berasa tidak keruan lebih-lebih lagi negara yang dilawati mempunyai jurang komunikasi yang amat ketara.Begitulah perasaan saya sewaktu berkunjung ke Phuket, Thailand untuk mengajar Bahasa Melayu kepada belia Melayu Phuket.Kem Bahasa Melayu yang berlangsung selama enam hari itu bermula pada 16 April dan berakhir pada 21 April 2005.Ia nyata memberi...

Thursday, July 28, 2005

Sedutan Dari Sekuntum Bunga Kemboja

"....Kami menjelajah ke tiga buah kampung di wilayah Kampung Cham bersama mufti dan kakitangannya. Di sepanjang perjalanan, kami lihat kenderaan bagaikan kapal kontena. Lori trailer disambung dengan dua buah trak ibarat keretapi. Para penumpang terpaksa bergayut di belakang van yang sarat dengan muatan. Setibanya ke destinasi, kami disambut mesra oleh penduduk yang persis berwajah Melayu. Mereka membantu kami memunggah beg dan kotak sumbangan...

Tuesday, July 26, 2005

Anak-anak Darul Aitam Pattani - Dahagakan ilmu

Inilah bangunan pertama Darul Aitam yang menempatkan seluruh warganya.Kini ia dijadikan surau setelah beberapa bangunan lain dibina.Rencana NAJIYYAH MOHD ASRIBULAN Jun lalu penulis bersama kawan-kawan daripada Helwa ABIM (Hal Ehwal Wanita, Angkatan Belia Islam Malaysia) dan GPTD (Grup Pengkaji Tamadun Dunia) berpeluang menjejakkan kaki buat pertama kalinya di bumi Pattani, Selatan Thailand selama sepuluh hari (9-18 Jun).Peluang keemasan yang mungkin...

Taklimat GPTD di KDH

Pada 20 Julai yang lepas, GPTD telah berpeluang mengadakan taklimat dan pengambilan baru sukarelawan muda di Kolej Dar-Al-Hikmah Kajang (KDH). Saudara Penyelaras GPTD iaitu Jufitri Joha hadir memberikan taklimat. Di samping itu, GPTD KDH Maninjau turut berkongsi pengalaman mereka ketika membuat khidmat sosial di Pesantren Buya Hamka di Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Lebih 50 orang pelajar KDH hadir mendengar taklimat. Turut hadir ialah...

Thursday, July 07, 2005

Seminar Zheng He

Seramai 4 orang ahli Grup Pengkaji Tamadun Dunia telah menghadiri Seminar Zheng He yang telah berlangsung di The Mines Resort.Tiga orang pembentang telah membentangkan kertas kerja termasuk salah seorang Proffesor dari Universiti Beijing.Seminar ini diadakan sempena hari ulangtahun ke 600 tahun pelayaran ke barat oleh ahli pelayaran yang terulung China iaitu Laksamana Zheng He.Di antara tahun 1405 dan 1433 Zheng He telah melakukan pelayaran yang...

Wednesday, July 06, 2005

Rihla Ibn Battuta

Ibn Battuta was a traveler and a writer back in the Middle Ages. His journeys and his accomplishments were similar to another person that you have probably heard of -- Marco Polo. Marco Polo's name appeared in history books everywhere, and he became famous. Ibn Battuta was not famous for a long time. Ibn Battuta was born in 1304 in Tangier, Morocco. He was brought up as a Muslim. One thing that Muslims believed in was going on a pilgrimage, called...