Sunday, January 02, 2005

KUNJUNGAN KE SELATAN THAILAND

Image Hosted by The Image Hosting

Kunjungan ke Selatan Thailand diketuai saudara Hammad, Exco SPEKTRA PKPIM diiringi oleh saudara Suhail, Naib Presiden (Antarabangsa) PKPIM dan En. Wan Abdul Rahman (KBI) selaku pengurus delegasi. Peserta lain terdiri daripada 7 ahli PKPIM dan GPTD, dan seorang wartawan Malaysiakini.com yang sedang bercuti.

Kunjungan disambut oleh Young Muslim Association of Thailand (YMAT)dan diuruskan oleh mereka. YMAT dihormati kerajaan Thailand kerana telah membantu kerajaan dalam merawat penagih dadah. Van YMAT yang dinaiki tidak pernah dihalang sepanjang perjalanan sekalipun banyak halangan jalanraya (roadblock) diadakan oleh pihak tentera.

Antara tempat yang dilawati :
1)Sekretariat YMAT (berbincang mengenai hubungan antarabangsa PKPIM-YMAT)
2)Masjid Kerisik (peristiwa pembunuhan beramai-ramai dalam masjid)
3)Masjid Wadil Husin (masjid tanpa paku dan di belakang ditempatkan kubur beberapa mangsa Tak Bai)
4)Majlis Agama Islam Narathiwat (mendapatkan maklumat terkini Tak Bai)
5)Kawasan tragedi Tak Bai
6)Darul Aitam wal masakin lil banat (rumah anak yatim)
7)Pantai Shamila (tempat Us. Sulong dibunuh dan dibuang ke laut)

Keadaan semuanya baik dan delegasi tiba ke Kuala Lumpur dalam keadaan sihat dan selamat walaupun tsunami baru berlaku. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana perjalanan dipermudahkanNya.

0 comments: