Friday, January 14, 2005

Komander Abdul Rahman bertemu Penaung GPTD

Pada 7 Januari 2005 lepas, Komander Abdul Rahman telah datang bertemu Penaung GPTD di pejabat beliau. Pertemuan pertama kali ini bertujuan mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain selain menghantar borang keahlian ABIM secara terus kepada Presiden.

Komander Abdul Rahman adalah antara penyumbang yang kerap membantu dalam projek GPTD. Sumbangan pertama beliau diberikan kepada Sdr. Muhammad Suhail Ahmad sewaktu ke Pulau Krismas tahun lepas. Seterusnya, dalam projek yang sama, Sdr. Khairil turut dibantu. Beliau juga secara sukarela menawarkan bantuan kewangan kepada ahli-ahli GPTD untuk projek-projek yang akan datang.

GPTD dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan yang telah diberikan beliau. Semoga Allah merahmati beliau dan diberkati segala rezeki yang diperolehi. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

2 comments:

Anonymous said...

Best regards from NY! here

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP » » »