Friday, June 09, 2017

LATIHAN INDUSTRI DI GPTD



Minggu ini (9 Jun 2017), GPTD menerima dua orang pelajar Latihan Industri (LI). Masing-masing pelajar jurusan Sejarah & Tamadun dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Setiap pelajar yang menjalani Latihan Industri di GPTD wajib melakukan pembentangan berkaitan subjek yang dipelajari di institusi masing-masing.

Berikut adalah rutin minggu pertama menjalani LI di GPTD. 




Pembentangan asas berkuda oleh Saudari Shifa.





Pembentangan berkaitan sumbangan tokoh Islam iaitu al-Zahrawi di dalam bidang perubatan

.



Pembentangan berkaitan sejarah Sarekat Islam (S.I) 
di Indonesia yang menjadi pelopor persatuan Islam di sana.

     



Sesi Pengenalan GPTD adalah antara aktiviti yang wajib diadakan kepada  
semua pelajar Latihan Industri yang hadir. Berminat untuk L.I bersama kami di GPTD? Sila hantarkan resume anda ke gptdhq@gmail.com


INFO & TIPS (INTIP) – TARIKH KITA

PERANG BADR


Badar adalah nama sebuah lembah yang terletak di antara Mekah dan Madinah. Lembah ini diapit oleh dua bukit, yang mana di bahagian timur bukit bernama ‘Udwah al Qushwa’ dan di barat bukitnya bernama ‘Udwah ad Dunya’. Manakala di sisi selatan bernama bukit al-Asfal. Sebelum kedatangan Islam lagi, lembah itu memang sering menjadi laluan para kafilah pedagang dari Mekah dan Yaman yang ingin berdagang ke Syam. Tanahnya yang subur kerana memiliki campuran pasir dan tanah dengan beberapa mata air membuat kafilah selesa untuk beristirehat di situ.
Siapa sangka di lembah tersebutlah berlakunya pertempuran yang besar antara tentera Muslimin dengan musyrikin suatu ketika dulu iaitu Perang Badar. Tentera Muslimin yang hanya mempunyai tentera berjumlah 313 orang telah berlawan dengan tentera besar musyrikin Mekah iaitu kira-kira 3 kali ganda tentera Muslimin yang dikepalai oleh Abu Jahal. Allah telah membantu pihak Muslimin dengan mengirim tiga ribu Malaikat, maka pihak Muslimin telah memenangi dalam pertempuran itu. (3:124-126)

Thursday, June 08, 2017

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MYSUARA




Pada 8 Jun 2017, pihak GPTD telah menghadiri jemputan Majlis Berbuka Puasa MySuara yang dianjurkan oleh kumpulan media MySuara dan Yayasan Kepimpinan & Strategi Malaysia (YKSM). Tazkirah ringkas sempena Ramadhan turut diadakan sebelum berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah.





Antara para jemputan yang hadir bagi memeriahkan majlis.


Antara wakil GPTD yang hadir iaitu RA M.A. Fitri, RA Muhd Raimi dan RT Huzaifah Ahmad




Semasa berbuka puasa, kami disajikan oleh pelbagai menu ringan seperti kuih-muih dan bubur lambuk. Setelah selesai solat Maghrib berjemaah, pelbagai sajian lazat dihidangkan untuk para tetamu yang hadir. Ramai jemputan telah menghadiri bagi memeriahkan majlis ini tidak kurang juga oleh pihak GPTD sendiri. 


Wednesday, June 07, 2017

INFO & TIPS (INTIP) - TIPS KEMBARA


BEKAS KHAS UNTUK KERONGSANG

Kerongsang selalu hilang ketika kembara ?
Perkara ini sering berlaku kepada kita apabila kita hendak ke mana-mana. Jadi, kita perlu sediakan bekas khas untuk menyimpan kerongsang. Hal ini dapat memudahkan kita membawa kerongsang ketika kita mengembara.

Sebagai contoh, kita boleh menyimpan kerongsang di dalam bekas gula-gula bertutup seperti bekas ‘Tic Tac’, ‘Eclipse’ dan ‘Doublemint’. Dengan menggunakan cara ini kerongsang yang disimpan di dalam bekas tidak akan tercicir. Selain itu, ia tidak membahayakan diri kita daripada terkena jarum kerongsang apabila kita simpan di dalam bekas.

Monday, June 05, 2017

INFO & TIPS (INTIP) – INFO 1001


KELEBIHAN MISWAK

Pernahkah kita terfikir apakah kelebihan bersiwak? Mengapa Rasulullah S.A.W mementingkan amalan siwak, serta menggalakkan kita untuk mengamalkannya?

Kita wajib untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran termasuk kekotoran di dalam mulut dan gigi. Pada abad ke-enam, Rasulullah S.A.W telah membersihkan giginya dengan menggunakan miswak. Ia merupakan amalan Rasulullah SAW yang sering dilakukannya sebelum menyempurnakan setiap pengambilan wuduk bagi menunaikan solat.

Siwak atau miswak (arab) adalah dahan atau akar dari pohon salvadora persica yang digunakan untuk membersihkan gigi, gusi dan mulut. Syarikat Farmasi Swiss, Pharba Basle L.td, telah membuat kajian ke atas kayu siwak ataupun lebih dikenali sebagai dahan pohon Salvadora persica. Mereka telah menemukan anti-bakteria pada kayu siwak yang mana ianya mampu memusnahkan kekotoran di dalam mulut yang menyebabkan jangkitan pada gusi dan gigi reput. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Universiti Riyadh, Saudi Arabia dan Universiti Indiana, Indiana, USA telah mengesahkan bahawa kayu siwak adalah tidak membahayakan dan ia merupakan bahan membasmi kuman yang paling efektif.

Jadi, mari sama-sama kita mengamalkan sunnah bersiwak ini!

Saturday, July 16, 2016

Jom Baraan-7

JOM BARAAN KEMBALI LAGI !


JOM BARAAN kembali lagi dengan edisi ke-7! 

Untuk edisi kali ini, JOM BARAAN akan berlangsung di sekitar ibukota KUALA LUMPUR. JOM BARAAN ini kami adakan hanya sekali sahaja dalam setahun khusus pada bulan Syawal yang mulia. Anda ingin merasai sendiri pengalaman berbaraan? Jom berkonvoi bersama kami, penyertaan adalah PERCUMA!

Daftar segera di
www.bit.ly/JomBaraan7
www.bit.ly/JomBaraan7
www.bit.ly/JomBaraan7

Tarikh : 23 Julai 2016 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi sehingga selesai
Lokasi Berkumpul : Masjid Al-Syakirin, Batu 5 1/2, Jalan Gombak, Gombak

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi hotline kami di talian 017-896 6649 atau PM kami di Facebook GPTD.

Friday, June 10, 2016

Pengumuman Pembubaran GPTD UNISEL

PENGUMUMAN

Adalah diumumkan bahawa arahan pembubaran GPTD UNISEL telah dikeluarkan menurut keputusan Mesyuarat AJK Pusat GPTD pada 9 Mei 2016. Pembubaran ini akan digantikan dengan DG kawasan berkenaan bagi ahli-ahli dari UNISEL. Sekiranya ahli-ahli berkenaan masih berminat untuk menganggotai GPTD, mereka hendaklah memperbaharui keahlian dengan menghubungi GPTD dengan segera.

GPTD juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang urusan yang didakwa menggunakan nama Grup Pengkaji Tamadun Dunia, Grup Penjejak Tamadun Dunia atau Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia dan akronimnya GPTD termasuk logo GPTD di UNISEL. 

Sebarang aktiviti yang menggunakan nama-nama di atas hendaklah disahkan dengan GPTD dan tiada urusan sumbangan kewangan dianjurkan menggunakan akaun peribadi. Sila laporkan kepada kami sekiranya terdapat sebarang masalah yang berkenaan di pautan ini : http://bit.ly/aduangptd

ADALAH DIINGATKAN bahawa GPTD tidak mempunyai mana-mana cawangan di Malaysia dan luar negara melainkan ahli-ahli berdaftar yang bernaung terus di bawah GPTD Pusat yang bergerak mengikut Diskusi Grup (DG) yang sah. Semakan senarai DG boleh dibuat di http://bit.ly/senaraidg .

JAWATANKUASA PUSAT GPTD
10 Jun 2016
Hotline 01.789.666.4

Monday, May 09, 2016

KULIAH INSPIRASI TOKOH 2016 : SYEIKH AHMAD AL-FATTANI


Kuliah Inspirasi Tokoh @ KIT kembali lagi pada tahun ini dengan tajuk pertama, Syeikh Ahmad Al-Fattani, Duta Khalifah di Nusantara yang akan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mat Rofa. Kuliah pada kali ini akan diadakan di Dewan Kuliah A, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Orang ramai dijemput hadir ke KIT ini pada hari Selasa, 17 Mei 2016 bermula jam 8.00 malam.

Masuk adalah PERCUMA.