Friday, February 13, 2009

Pengerusi GPTD di TV 1

PENGERUSI GPTD, Sdr. Jufitri Joha, sekali lagi diundang ke TV1.

Sdr. Jufitri akan ke udara pada jam 8:30 pagi - 8:50 pagi, Sabtu 14 Februari 2009.

Kali ini, beliau akan berbicara mengenai kesukarelaan dan juga GPTD.

Pastikan anda semua menontonnya!

Wednesday, February 11, 2009

Hari Valentine , Ratu Isabella dan Sepanyol



Seperti yang dijangka, kehadiran 14 Februari menimbulkan polemik di kalangan umat Islam khususnya remaja yang sedang dilamun cinta iaitu Hari Valentine. Pada hari tersebut, bagi orang yang ada kekasih akan bertukar-tukar bunga ros, mengenakan pakaian merah, mengaturkan makan malam di bawah cahaya lilin, berkirim ucapan sayang melalui sms dan banyak lagi aktiviti – aktiviti yang membejatkan iklim Islamiyyah. Namun sebagai umat Islam yang beriman dengan keindahan dan kesyumulan Islam sudah merasai memadai dan amat berpuas hati dengan apa yang telah disuruh dan ditegah dalam Islam. Mereka merasa mulia apa yang dibawa oleh ad-deen ini dan tidak perlu mengambil apa – apa yang di luar lingkungan agama apatah lagi ia bercanggah dengan agama... Bacaan lanjut di http://gptd-spain.blogspot.com

Tajuk berkaitan 'Hari Valentine' akan dibahaskan oleh saudara Jufitri bin Joha di :

1.) Bilik Kuliah Admin, UIA Gombak - Khamis 12 Februari / 16 Safar - 8.15 mlm - 10.00 mlm. Tajuk : "Cara Berdakwah Kepada Orang Awam Sempena Hari Valentine"

2.) Mahallah Maryam, UIA Gombak - Sabtu 14 Februari / 18 Safar - 8.00 mlm - 8.30 mlm. Tajuk : "Valentine Day" dan disusuli 9.30 mlm - 11.00 mlm dengan Ceramah : “Peace No War – Free Palestine”

Grup Jil Salahudin al-Ayyubi


Petaling Jaya - GPTD telah membantu ABIM menggerakkan Grup Jil Salahudin al-Ayyubi dengan mesyuarat dan taklimatnya berlangsung di UIA Petaling Jaya. Idea penubuhannya digagaskan oleh Saudara Yusri Mohamad, Presiden ABIM melalui cetusan buku 'Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya al-Aqsa Kepangkuan Islam'.

Melalui Gup Jil Salahuddin al-Ayyubi ini, pelbagai program direncanakan untuk mengkaji sejarah dan tamadun bumi Palestin ini. Selain itu, pewujudan blog akan diusahakan bagi tujuan menyalurkan fakta dan maklumat berkaitan sejarah dan tamadun Palestin. Saudara Mohd Zul Amin bin Ghazali dipilih mengetuai grup ini dan mereka berazam untuk membantu ABIM melalui GPTD untuk menggerakkan program ini.

ABIM berhasrat menggerakkan Bengkel Isu Palestin pada 14 Februari 2009 / 18 Safar 1430 H, Penerbitan semula dan penjualan buku Kebangkitan Generasi Salahuddin, Roadshow & Ceramah Palestin, Seminar Antarabangsa Mengenai Palestin dan Strategi Dunia Islam:Agenda Lokal untuk Perubahan Global dan lain-lain lagi.

Sunday, February 08, 2009

Induksi GPTD 2009

Ampang, 8hb Februari 2009 - GPTD telah berkampung di Pusat Pembangunan Keluarga (FEDEC) Ampang selama 3 hari untuk melaksanakan induksi yang telah lama tertangguh atas pelbagai perkara yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah induk dapat dijalankan dengan lancar dan berakhir dengan misi-misi dan program-program yang telah dirancang selama perkampungan itu.

Turut hadir pada induksi kali ini termasuklah wakil daripada Kelantan, Saudara Faizul Afzan merangkap GPTD Kelantan. Wakil daripada kampus juga turut memriahkan juga seperti Saudara Suhadak dari UNISEL merangkap pengerusi Kelab Ibnu Batutah, Saudari Aishah dari UNITEN dan Saudara Amirul dari Kolej Lagenda.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung ABIM, Dr. Amran Mohammad. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta induksi yang hadir.

Thursday, February 05, 2009

Bicara Palestin

Tuesday, February 03, 2009

Pengerusi di UNISEL

Hari ini Saudara Jufitri Joha (pengerusi GPTD) akan berada di Universiti Industri Selangor (UNISEL) sebagai jemputan ahli panel dalam program "Wacana Mencari Cinta" yang bersama dengannya ialah Dato Idris Jauzi. Majlis akan bermula lebih kurang pada jam 8.30 malam. Turut memeriahkan majlis pada malam ini kumpulan Usratika akan menyampaikan beberapa buah lagu.

Dijemput kepada semua yang berkelapangan untuk memeriahkan majlis tersebut.

Monday, February 02, 2009

HAKIM - GPTD



Gombak - Baru-baru ini saudara Jufitri bin Joha, Pengerusi GPTD dan Saudara Najmuddin, Setiausaha GPTD telah terlibat bersama-sama dalam mesyuarat jawatankuasa penaja HAKIM. HAKIM adalah singkatan bagi Himpunan Keilmuwan Muda yang bertujuan untuk menyuburkan budaya intelektual di kalangan masyarakat Malaysia khususnya para belia. HAKIM juga bertujuan untuk melahirkan penghujah-penghujah bagi mempertahankan Islam khususnya dalam menghadapi ancaman Islam Liberal dan pemikiran-pemikiran lain yang menyesatkan ummat.

HAKIM bakal didaftarkan dalam tempoh terdekat dan dipengerusikan oleh Dr. Mohd Farid Shahran manakala saudara Jufitri telah dilantik menjadi Naib Pengerusi. HAKIM menganjurkan program-proram ilmiah seperti halaqah ilmu, seminar, penghasilan buku dan jurnal ilmiah dan lain-lain. GPTD akan bekerjasama dengan HAKIM bagi menyemarakkan budaya ilmu dan intelektual memandangkan 'core buisiness' GPTD adalah kajian ketamadunan dan kemasyarakatan.

Thursday, January 08, 2009

RAPAT UMUM RAKYAT MALAYSIA - “SELAMATKAN GAZA”


JOM HADIR RAMAI-RAMAI!!

Tarikh:
Sabtu 10 Januari 2009M /13 Muharram 1430H

Masa:
10 pagi hingga 12 tengah hari

Tempat:
Stadium Melawati, Shah Alam

Anjuran:
Aman Palestin

Pemidato:
1. Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS)
2. Sdr Yusri Mohamad (ABIM)
3. Sdr Abdullah Zaik (ISMA)
4. Sdr Mustafa Kamil Ayub (PKR)
5. YB Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir (ADUN Pangkor)
6. Wakil Aman Palestin dan ramai lagi

Objektif:
1. Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2. Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3. Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Aktiviti:
Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.

Maklumat lanjut di AMAN Palestin.