Wednesday, February 11, 2009

Grup Jil Salahudin al-Ayyubi


Petaling Jaya - GPTD telah membantu ABIM menggerakkan Grup Jil Salahudin al-Ayyubi dengan mesyuarat dan taklimatnya berlangsung di UIA Petaling Jaya. Idea penubuhannya digagaskan oleh Saudara Yusri Mohamad, Presiden ABIM melalui cetusan buku 'Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya al-Aqsa Kepangkuan Islam'.

Melalui Gup Jil Salahuddin al-Ayyubi ini, pelbagai program direncanakan untuk mengkaji sejarah dan tamadun bumi Palestin ini. Selain itu, pewujudan blog akan diusahakan bagi tujuan menyalurkan fakta dan maklumat berkaitan sejarah dan tamadun Palestin. Saudara Mohd Zul Amin bin Ghazali dipilih mengetuai grup ini dan mereka berazam untuk membantu ABIM melalui GPTD untuk menggerakkan program ini.

ABIM berhasrat menggerakkan Bengkel Isu Palestin pada 14 Februari 2009 / 18 Safar 1430 H, Penerbitan semula dan penjualan buku Kebangkitan Generasi Salahuddin, Roadshow & Ceramah Palestin, Seminar Antarabangsa Mengenai Palestin dan Strategi Dunia Islam:Agenda Lokal untuk Perubahan Global dan lain-lain lagi.