Wednesday, February 11, 2009

Hari Valentine , Ratu Isabella dan Sepanyol



Seperti yang dijangka, kehadiran 14 Februari menimbulkan polemik di kalangan umat Islam khususnya remaja yang sedang dilamun cinta iaitu Hari Valentine. Pada hari tersebut, bagi orang yang ada kekasih akan bertukar-tukar bunga ros, mengenakan pakaian merah, mengaturkan makan malam di bawah cahaya lilin, berkirim ucapan sayang melalui sms dan banyak lagi aktiviti – aktiviti yang membejatkan iklim Islamiyyah. Namun sebagai umat Islam yang beriman dengan keindahan dan kesyumulan Islam sudah merasai memadai dan amat berpuas hati dengan apa yang telah disuruh dan ditegah dalam Islam. Mereka merasa mulia apa yang dibawa oleh ad-deen ini dan tidak perlu mengambil apa – apa yang di luar lingkungan agama apatah lagi ia bercanggah dengan agama... Bacaan lanjut di http://gptd-spain.blogspot.com

Tajuk berkaitan 'Hari Valentine' akan dibahaskan oleh saudara Jufitri bin Joha di :

1.) Bilik Kuliah Admin, UIA Gombak - Khamis 12 Februari / 16 Safar - 8.15 mlm - 10.00 mlm. Tajuk : "Cara Berdakwah Kepada Orang Awam Sempena Hari Valentine"

2.) Mahallah Maryam, UIA Gombak - Sabtu 14 Februari / 18 Safar - 8.00 mlm - 8.30 mlm. Tajuk : "Valentine Day" dan disusuli 9.30 mlm - 11.00 mlm dengan Ceramah : “Peace No War – Free Palestine”