Seperti yang dibincangkan sebelum ini, setiap pelajar yang menjalani Latihan Industri di GPTD wajib melakukan pembentangan berkaitan subjek yang dipelajari di institusi masing-masing.
Dengan itu, pada 18 Julai 2017, setelah sebulan menjalani sesi latihan industri di sini, akhirnya tiba giliran Nuur Aqillah, pelajar jurusan Sosiologi & Antropologi UIAM untuk mempersembahkan apa yang dipelajarinya di universiti. Beliau mempersembahkan pembentangan beliau dengan sangat menarik.
Pembentangan beliau adalah mengenai pengenalan Sosiologi dan Antropologi. Aspek kajian ini sangat penting dalam GPTD khususnya sewaktu menjalankan misi menjejak tokoh/sejarah di lapangan.
Menurut Saudari Aqillah, aspek Sosiologi dan Antropologi adalah sangat penting dalam memahami budaya dan kehidupan masyarakat setempat dari segi adat, ritual dan pantang larang. Selain itu, kita juga dapat mendalami sejarah dan ketamadunan serta asal-usul sesebuah kelompok masyarakat.
1 comments:
Really very impressive post & glad to read this. Good luck & keep writing such awesome content.
Web Development Company in Greater Noida
Software development company In Greater noida
always look forward for such nice post & finally I got you. Thanks for sharing this content.
CMS and ED
CMSED
I always look forward for such nice post & finally I got you. Thanks for sharing this content.
Homoeopathic treatment for Psoriasis
Post a Comment