Wednesday, July 19, 2017

PEMBENTANGAN OLEH PELAJAR LATIHAN INDUSTRI



Seperti yang dibincangkan sebelum ini, setiap pelajar yang menjalani Latihan Industri di GPTD wajib melakukan pembentangan berkaitan subjek yang dipelajari di institusi masing-masing.

Dengan itu, pada 18 Julai 2017, setelah sebulan menjalani sesi latihan industri di sini, akhirnya tiba giliran Nuur Aqillah, pelajar jurusan Sosiologi & Antropologi UIAM untuk mempersembahkan apa yang dipelajarinya di universiti. Beliau mempersembahkan pembentangan beliau dengan sangat menarik.

Pembentangan beliau adalah mengenai pengenalan Sosiologi dan Antropologi. Aspek kajian ini sangat penting dalam GPTD khususnya sewaktu menjalankan misi menjejak tokoh/sejarah di lapangan.


Menurut Saudari Aqillah, aspek Sosiologi dan Antropologi adalah sangat penting dalam memahami budaya dan kehidupan masyarakat setempat dari segi adat, ritual dan pantang larang. Selain itu, kita juga dapat mendalami sejarah dan ketamadunan serta asal-usul sesebuah kelompok masyarakat.


Image result for social anthropology



Selain itu, kami juga mengadakan sesi perbincangan mengenai ilmu ini seusai pembentangan daripada Saudari Aqillah.

Pembincangan mengenai Sosial Antropologi oleh Saudari Aqillah


0 comments: