Sunday, July 16, 2017

JOM BARAAN-8 BERSAMA GPTD

Keistimewaan program  "Jom Baraan" kali ini bukan hanya disertai oleh ahli GPTD sendiri namun, terdapat juga penyertaan daripada dua orang pelajar luar negara iaitu dari negara Indonesia dan Peru.  

Dengan itu, pada 15 Julai 2017 yang lalu, GPTD telah menganjurkan program "Jom Baraan" kali ke lapan sebagai menghidupkan kembali budaya masyarakat Melayu Johor untuk menyambut kedatangan Aidilfitri dengan amalan kunjung-mengunjung dari rumah ke rumah yang lain sambil berselawat, berzanji dan marhaban.

Oleh itu, program ini dimulakan dengan kehadiran ahli GPTD dan para peserta di pejabat GPTD, Gombak. Sebelum bermulanya konvoi Jom Baraan para peserta dihidangkan sarapan pagi terlebih dahulu dengan pelbagai hidangan. Antara hidangan yang disediakan oleh pihak GPTD adalah seperti soto, speggeti dan bihun sup.  Setelah selesai bersarapan pagi, Saudara Hanif telah mengetuai latihan berselawat secara beramai-ramai sebelum bertolak ke rumah pertama.



Sadara Hanif menerangkan tata cara selawat 

Sebelum memulakan perjalanan program Presiden GPTD iaitu Saudara Najmuddin telah memberikan sedikit taklimat mengenai perjalanan program pada hari tersebut. Selesai taklimat ringkas tersebut, perjalanan diteruskan ke rumah yang pertama iaitu di Sekinchan, Selangor dan merupakan  rumah mertua Presiden GPTD, Saudara Najmuddin itu sendiri. Setibanya kami di sini, kami memulakan majlis dengan berselawat beramai-ramai yang diketuai oleh Saudara Hanif.  Kemudiannya, kami disajikan dengan pelbagai juadah raya seperti nasi impit, rendang ayam dan mi goreng.



GPTD di rumah pertama di sekinchan


Setelah itu, kami bertolak ke rumah mbah iaitu rumah datuk dan nenek kepada saudara Luqman iaitu salah seorang ahli jawatankuasa tertinggi di GPTD yang memegang jawatan sebagai bendahari GPTD. Perjalanan  mengambil masa lebih kurang lima belas minit dari rumah yang pertama. Di sini kami disajikan dengan pelbagai hidangan istimewa masyarakat Jawa seperti masak lemak kerang, lontong serta menu nasi sebagai makan tengah hari. 




Berdasarkan pandangan peribadi Rocio Ortiz (tengah) yang merupakan pelajar UIAM dari negara Peru sangat menggemari makanan dan kuih tradisional masyarakat Melayu terutamanya kuih bangkit. Tambahan beliau lagi, kuih tradisional tersebut "melting in the mouth, it's really tasty, never tasted biscuit like this before and I want to bake it myself". 

GPTD di rumah Mbah saudara Luqman di Sungai Besar


Setelah itu, kami bertolak ke rumah kedua di Klang, rumah salah seorang penasihat GPTD yang mengambil masa lebih kurang satu jam 20 minit. Di sini kami disajikan dengan menu istimewa makanan Jawa iaitu rocoh. Rocoh ialah sejenis pencuci mulut yang dimakan bersama biskut kering dan susu. Antara menu lain yang disajikan oleh tuan rumah ialah mi bandung dan spaggeti. Menu-menu ringan seperti kuih raya tradisonal juga turut disajikan kepada kami di setiap rumah yang kami kunjungi. 

GPTD di rumah salah seorang relawan GPTD, Saudari Najihan

Demikianlah perjalanan Jom Baraan-8 pada tahun ini. Sesungguhnya konvoi kali ini banyak memberi erti kepada kami terutamanya ahli GPTD keseluruhannya. Diharapkan semoga perjalanan konvoi baraan yang akan berlangsung pada tahun hadapan akan lebih bermakna lagi.






















0 comments: