Alhamdulillah, Wisata Madani Turki 2012 telah selamat diadakan dari 21 Mei hingga 04 Jun yang lalu. Program kali ini memfokuskan kepada penghasilan mini-dokumentari berkisar mengenai Fatih Sultan Mehmed, Sultan Abdul Hamid II, dan Bediuzzaman Said Nursi.
Grup kali ini dianggotai oleh Sdr. Muhammad Huzaifah Ahmad (Setiausaha Agung) yang bertindak sebagai Penyelaras Program / Pengarah Kreatif, serta dibantu oleh Sdr. Najmuddin dan Sdr. Md Izham.
Turut sama dalam program kali ini adalah wakil Grup Peguam ABIM (GPA), En. Khairul Anwar Ismail (yang juga merupakan AJKP ABIM) dan En. Hadi.
Bagi tujuan tersebut, grup tersebut telah melawat sekitar Istanbul dan Ankara. Bagi yang berminat untuk
mendapatkan mini-dokumentari tersebut, bolehlah menghubungi pihak Sekretariat GPTD melalui e-mel untuk tempahan awal. Bahan tersebut dijangka siap dalam tempoh 4
bulan.
Selain daripada itu, grup ini
juga telah berkesempatan hadir ke Simposium Antarabangsa Bediuzzaman dan
Risale-i Nur kali ke-5 di Ankara serta Mesyuarat Agung Kesatuan
Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan Dalam Dunia Islam (UNIW) di Istanbul.
0 comments:
Post a Comment