123

Wednesday, October 27, 2010

Rintihan Pakistan

Saat rakyat Malaysia berpusu-pusu ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka lain pula kisahnya saudara Islam kita di Pakistan. Bencana banjir yang melanda negara tersebut pada awal bulan Ogos lalu memberi seribu satu kesan kepada kita.Tidak dapat dibayangkan bagaimana satu bencana yang menenggelamkan satu per lima daripada negara tersebut yang dihuni hampir 170 juta penduduk.Alhamdulillah, kesempatan umur muda yang Allah berikan memberi peluang...

Sunday, October 24, 2010

Pertemuan PSU bersama GPTD Mesir

Kaherah, 22hb Oktober 2010 - Satu pertemuan telah diadakan antara Penolong Setiausaha, Saudara Hakim bersama GPTD Mesir di kediaman pelajar di Kaherah. Pertemuan diadakan ketika PSU masih berada di Kaherah sebelum bergerak ke Gaza.Tujuan pertemuan adalah membincangkan gerak kerja yang boleh dilakukan oleh GPTD Mesir. Antara program awal yang mereka akan jalankan ialah menghadiri seminar di Kanada pada bulan Disember ini. Ini adalah salah satu jaringan...

Thursday, October 21, 2010

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 ...

Friday, October 15, 2010

Misi ke Gaza sudah berlepas

SEPANG, 13 Oktober / 11 Dzul Qa'idah- Saudara Abdul Hakim Shahbuddin, Penolong Setiausaha Agung GPTD telah terpilih untuk menyertai Misi Kemanusiaan ke Gaza anjuran ABIM dan Global Peace Mission (GPM) dalam rangka meneruskan projek membangunkan kilang roti di sana. Hakim bersama Setiausaha Agung ABIM dan Pengarah Operasi Kemanusiaan GPM telah berlepas ke Kaherah hari ini pada pukul 9.20 malam dengan diiringi oleh pemimpin ABIM dan GPM serta rakan-rakan...

Wednesday, October 13, 2010

Selami budaya Melayu Cham

KEMBOJA adalah negara yang tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia. Rata-rata kita mengenali masyarakatnya melalui perniagaan kain di Malaysia.Namun, kita jarang didedahkan tentang masyarakat Melayu Cham di Kemboja. Apatah lagi untuk mengenali negara Champa yang sudah lenyap dari peta dunia.Kesempatan mengenali masyarakat Melayu Cham telah saya manfaatkan sebaiknya dalam misi bantuan pakaian sempena Aidilfitri anjuran Global Peace Mission (GPM),...

Monday, October 11, 2010

Wacana Cheng Ho dan Wali Songo

Bestari Jaya , 25 September / 16 Syawal - GPTD UNISEL dengan jayanya telah menganjurkan Wacana Cheng Ho dan Wali Songo dengan pengisian disampaikan oleh Saudara Muhammad Suhail Ahmad, Presiden GPTD dan Saudara Mohd Akmal Md Noor, mentor Grup Wali Songo.Saudara Lee Shi Wei, Pengarah program tersebut berpuas hati dengan kesungguhan peserta yang hadir pada waktu itu kerana partispasi aktif peserta dalam sesi perbincangan dan persembahan sajak dan multimedia...

Friday, October 08, 2010

Kunjungan ke Muslim Council of Britain

London - 23 September / 14 Syawal - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD mengambil kesempatan mengunjungi Sekretariat Muslim Council of Britain (MCB) di Timur London sebelum berangkat pulang ke Malaysia. MCB merupakan sebuah pertubuhan besar yang menaungi lebih daripada 400 pertubuhan Islam di seluruh United Kingdom. Saudara Jufitri disambut oleh saudara Nawaf Ibrahim, Pengurus Eksekutif MCB. Banyak perkara yang telah dibincang bersama meliputi kerjasama...

Wednesday, October 06, 2010

Seminar Pemikiran Wali Songo di Surabaya

Surabaya, 3 Oktober 2010 - Naib Presiden GPTD, Sdr Izwan Suhadak telah mengikuti Seminar Pemikiran : Membedah Visi Da'wah Wali Songo anjuran IMAN selangor & Dewan Da'wah Islamiyyah Indonesia, Jawa Timur. Kehadiran seramai 200 orang peserta daripada seluruh Indonesia serta 16 orang delagasi ulama dari Malaysia telah mendengar dengan tekun dan turut terlibat dalam sesi soal jawab. Pembentang daripada Malaysia, Prof Dr Ahmad Zaki Pensyarah CITU,...

Monday, October 04, 2010

Pengerusi GPTD Hadiri Persidangan The Future of Faith in the Age of Globalization

Sarajevo - 19 September / 10 Syawal - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah mengunjungi Ibu Kota Bosnia Herzegovina yang terkenal dengan jolokan Jerusalem Eropah. Lawatan selama 5 hari di bumi Balkan tersebut adalah dalam kerangka menghadiri Persidangan The Future of Faith in the Age of Globalization anjuran International Institute of Islamic Thought (IIIT) dan Association of Muslim Social Scientists (AMSS) United Kingdom. Saudara Jufitri juga...