Friday, March 26, 2010

Kunjungan ke Cardiff, Wales

Cardiff, 23 Mac / 7 Rabiulakhir - Saudara Jufitri, Pengerusi GPTD meneruskan siri kunjungan beliau benua Eropah dengan kali ini mengunjungi Cardiff, Wales. Beliau sempat menziarahi Masjid al-Manar Islamic & Cultural Centre dan berdialog bersama para pelajar Malaysia di sana. Pelbagai persoalan semasa melibatkan masa depan Agama, Bangsa dan Negara diperbincangkan dan beberapa cadangan telah dilontarkan bagi membaiki keadaan semasa yang membimbangkan terutamanya persoalan masa depan belia dan generasi muda Malaysia. Saudara Jufitri juga berkesempatan menemui saudara Muhaimin Sulam (blogger http://muhaiminsulam.blogspot.com/) yang sedang menyiapkan kajian PhD di University of Wales, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik atau lebih khusus pemikiran politik Almarhum Dato' Fadhil Noor, Bekas Presiden PAS.