Monday, February 23, 2009

Mesyuarat Union of Ngo in the Islamic World (UNIW)



Baru-baru ini telah diadakan Mesyuarat Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) cawangan Malaysia (theunity.org). Mesyuarat ini turut dihadiri wakil WADAH, PKPIM, FGN, YTP, ABIM dan GPM. ABIM diwakili saudara Jufitri bin Joha yang juga merupakan Pengerusi GPTD.

UNIW Malaysia telah memanjangkan jemputan ke program tahunan UNIW Turki iaitu Ekspedisi Pendidikan ke Turki pada 28 Mei - 9 Jun / 3 Jamadilakhir - 15 Jamadilakhir.

Antara pengisian program adalah Sambutan 556 tahun Kejatuhan Kota Istanbul ke Tangan Sultan Muhammad al-Fateh dan Umat Islam, Lawatan ke Istanbul - Isparta - Konya (Maqam Jalaluddin ar-Rumi) - Bursa, Seminar Antarabangsa Palestin, Interaksi Belia Malaysia - Turki, Simposium Pemikiran Saed Nursi Badiuzzaman dan lain-lain.

Pihak GPTD turut dijemput menyertai Ekspedisi ini. Pihak GPTD juga akan mengambil kesempatan menziarahi wakil GPTD di Turki iaitu Saudara Faiz (Mas Darwin) di sana.