123

Tuesday, April 29, 2008

Kembali ke Malaysia

Alhamdulillah, delegasi Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 26.4.2008 jam 2.45 petang. Banyak pengalaman yang telah ditimba sepanjang 2 minggu lalu. Suatu pengalaman yang tak mungkin ditemui di sini.Benar kata pepatah, jauh perjalanan luas pengalaman. Di Bahrain, saya telah ditemukan dengan beberapa individu yang sangat dedikasi. Muhammad Islam, seorang warga Filipina berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan...

Saturday, April 26, 2008

Al-Rihlah ke Pasai

Tuan penyelaras (kiri) menyampaikan amanat dan nasihatsebelum bertolak kepada sukarelawanSepang, 25 April 2008 - Seramai 4 sukarelawan telah berlepas ke Pasai, Aceh, Indonesia selama lebih kurang 7 hari bermula 25 April - 2 Mei 2008. Projek dinamakan "X-GEM" yang bertujuan mengkaji pengembaraan Ibn Batuttah di Pasai, meninjau latar sejarah kerajaan Aceh serta mengkaji pemikiran ulama dan tokoh yang terdapat di sana. Projek ini anjuran bersama Kelab...

Sunday, April 20, 2008

Berita dari Bahrain

Bersama masyarakat Melayu di Bahrain selepas solat JumaatSesi perbincangan setiap hari diadakan selepas MaghribSedang mengikuti siri latihan dakwah melalui pelanconganBergambar bersama delegasi lelaki di lobi tempat penginapanAlhamdulillah, keadaan saya di Juffair, Bahrain baik. Program latihan telah bermula sejak Isnin (14 April 2008). Masa di Bahrain lewat 5 jam daripada Malaysia. Perubahan ini agak sukar disesuaikan pada hari pertama hingga ketiga...

Perasmian Cawangan GPTD yang Pertama

Kota Bahru, 19 April 2008 - GPTD telah berjaya membuka cawangan yang pertama di Kolej Cosmopoint Kota Bahru, Kelantan. Satu Majlis Perasmian telah diadakan di kolej tersebut yang dirasmikan oleh Saudara Najmuddin (Penyelaras GPTD). Lebih kurang 30 orang ahli GPTD Cosmopoint hadir di majlis tersebut. Saudara Najmuddin juga diiringi oleh beberapa orang exco bagi menyerikan majlis tersebut.Majlis disusuli dengan pengenalan GPTD yang disampaikan oleh...

Wednesday, April 16, 2008

KEM GEMPUR & SAKTI III

Klang, 11 - 13 April 2008 - Alhamdulillah, GPTD telah berjaya melaksanakan program "Kem Gempur & Kem SAKTI III" bertempat di Banyu Manis Eco Resort, Klang. Seramai lebih kurang 35 orang peserta dari IPTA/S termasuk urusetia bersama-sama menyertai program ini.Program ini rentetan dari Kem Sakti yang lepas mendedahkan kepada para aktivis erti sebenar kesukarelawanan dan strategik-strategik sebelum memulakan sesuatu projek ke luar negara. GPTD turut...

Tuesday, April 15, 2008

Dakwah Training Mosque Tour

Sepang, 13 April 2008 - Salah seorang aktivis GPTD iaitu saudara Muhammad Suhail Ahmad telah berlepas ke Bahrain pada jam 3.00 pagi bagi menyertai program "Dakwah Training Mosque Tour" termasuk 14 deligasi dari Malaysia bersama-sama peserta dari luar negara. Saudara Suhail akan berada di Bahrain selama 12 hari.Program ini mendedahkan dan mengajar kaedah berdakwah di Masjid. Kaedah yang digunakan oleh Masjid Negara Bahrain dalam menyebar dakwah melalui...

Thursday, April 03, 2008

KEM GEMPUR & KEM SAKTI SIRI 3

Berikut merupakan program terdekat anjuran GPTD:i) Kem Gempur!ii)Kem Asas Sukarelawan dan Jatidiri (SAKTI) Siri IIITempat : Banyu Manis Eco Resort, Kapar, Klang (berkumpul di Anjung Rahmat, Gombak)Tarikh: 04 – 06 Rabiul Akhir 1429 / 11 – 13 April 2008 (Jumaat – Ahad)[kedua-dua kem dijalankan secara serentak]Yuran Penyertaan : RM 15Kem Asas Sukarelawan dan Jatidiri (SAKTI) Siri III sepertimana...