Friday, August 10, 2007

Usrah bulanan GPTD

19 Julai 2007, Kuala Lumpur - Usrah yang diadakan pada tiap-tiap bulan pada kali ini diadakan di rumah Pengerusi GPTD di Taman Ibu Kota. Acara dimulakan dengan solat Isya’ bersama. Walaupun hujan lebat di luar namun ilmu yang ingin dikutip oleh ahli-ahli tidak mematahkan semangat untuk hadir ke usrah. Pengisian usrah lebih berkisar tentang perkongsian cerita antara ahli yang membawa kepada muhasabah sesama ahli.

Kesimpulan pengisian usrah :
  • Harta dunia sememangnya keperluan tetapi bukanlah penghalang untuk kita berjuang;
  • Sekali mata kita dikaburi dengan kemewahan maka hati kita akan leka dengan nafsu yang sentiasa tidak pernah cukup.
  • Tarbiyah kesusahan merupakan rahmat untuk menguatkan hati dan memotivasikan diri;
  • Iktibar dari kesilapan yang lepas menjadi kayu ukur dalam membuat keputusan hidup;
  • Fokus perjuangan GPTD perlu kembali kepada misi dan visi penubuhan grup ini;