Pada 2 sehingga 7 September yang lepas bersamaan 20 – 25 Syaaban 1428 H, IOA telah menganjurkan Ekplorasi Dakwah ke Kunming, China iaitu negeri kelahiran Laksamana Islam terkenal Cheng Ho. Kunming merupakan ibu negeri bagi provinsi Yunnan.
Tujuan ekplorasi ini adalah untuk membuka ruang dakwah baru di negeri
Antara madrasah yang sempat dilawati bagi menyambung silaturahim dan menghulurkan sedikit bantuan ialah Madrasah Tao Yuan dan Madarasah Tien Bai Mu. Juga tidak ketinggalan melawat masyarakat Muslim di Kota Islam Na Jia Yin.
Delegasi yang diketuai oleh saudara Jufitri Joha, bekas Naib Pengerusi IOA dan juga Pengerusi GPTD sempat menyambungkan silaturahim dengan Pertubuhan Islam Yunnan dan Kolej Islam Yunnan.
Ekplorasi ini juga turut mengambil peluang melawat Taman Peringatan Cheng Ho, Stone Forest (Keajaiban Dunia), Kilang Sutera dan kedai herba terkenal China.
Insyaallah hasil ekplorasi ini akan diteruskan melalui tindakan susulan dengan menghantar aktivis muda GPTD ke sana untuk tujuan khidmat sosial dengan syarat aktivis tersebut perlu menguasai bahasa Mandarin dan membuat kajian tempatan mengenai Muslim di Kunming.