5 Julai 2007, Ampang, Selangor - Biro WATAN (Wacana & Ketamadunan) telah mengadakan sesi bertemu tokoh atau ZiTO. Pada kali ini, kami bertemu dengan seorang tokoh akademik, sebelum ini kami sering bertemu dengan tokoh ilmuan.
Antara objektif pertemuan adalah untuk berkongsi pengalaman disamping bertukar-tukar pandangan dalam meningkatkan lagi GPTD dari sudut korporat.Ingress Corporation, sebuah nama yang tidak asing lagi di Malaysia dan luar negara, syarikat ini terkenal dengan percetakan kereta dan automotif bagi kenderaan Proton dan Perodua selain bisnes yang lain.
GPTD amat bertuah dapat bertemu dengan Datuk Rameli Musa, Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas Ingress Corp. Bhd, walaupun sibuk dengan mesyuarat dan kerja, namun beliau sempat meluangkan masa untuk bertemu dan berkongsi pengalaman perniagaan dan memberi nasihat yang berguna kepada kami yang masih muda dan menjalankan aktiviti sukarelawan dan kajian ketamadunan ini. Sesungguhnya pertemuan yang singkat ini, memberi banyak input kepada kami dan akan dipraktikkan dengan sebaiknya.