123

Thursday, December 27, 2007

LAPORAN INDUKSI GPTD 2007/2009

Sesi Bergambar bersama-sama Exco PimpinanJumaat, 14 Disember 2007 – Kem Sri Raudah, Gombak. Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) telah berjaya melaksanakan satu program induksi bagi ahli jawatankuasa yang baru dilantik bagi sesi 2007/2009. Induksi ini telah diadakan di Kem Sri Raudah, Gombak. Seramai 13 orang ahli jawatankuasa telah hadir dan seorang lagi ahli jawatankuasa tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah, bersyukur...

Wednesday, December 26, 2007

Lawatan Mahabbah ke Melaka

23 Disember 2007 / 13 Zulhijjah 1428 H – Kumpulan Jejak Warisan 2003 iaitu kumpulan Program Khidmat Sosial dan Kajian Sosio Budaya di Pulau Krismas, Australia di bawah seliaan Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) telah membuat kunjungan dan lawatan mahabbah ke Melaka. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengunjungi penduduk Pulau Krismas yang pulang bercuti di kampung halaman mereka di Melaka bagi mengeratkan hubungan dan ukhuwwah Islamiyyah yang...

Tuesday, December 25, 2007

Majlis Pernikahan

24hb Disember 2007, Tangkak - Telah berlangsung pernikahan antara Mohd Shakir Fahmi b Fakhrulrazi (Ahli Majlis Syura GPTD) dan pasangannya Masiah di Masjid Kampung Parit Sagil 2, Tangkak, Johor. Disaksikan lebih 20 orang dari kedua-dua belah pihak.Pihak GPTD mengucapkan tahniah atas pernikahan tersebut. Semoga berkekalan hingga ke akhir hay...

Friday, December 07, 2007

IYCCC

A programme called International Youth Conference, Cultural Exchange and Camp (IYCCC) was held in Kampung Pacitan and Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan from 26th to 30th November 2007.The programme's concept was the first ever to be held by the Negeri Sembilan Youth Council (MBNS). GPTD also collaborate and paticipate in the programe represented by Addawiyah Salim, Mohd Khairudin Mohd Nor and Mohd Rashdi Mustafa Kamal. The participants...

Struktur Syura GPTD 2007-2009

5hb Disember 2007, Anjung Rahmat - Telah diadakan mesyuarat Syura GPTD. 2 perkara telah dibincangkan iaitu struktur pimpinan GPTD dan perancangan GPTD 2007-2009. Berikut struktur Syura Baru GPTD: Penaung / Pengasas : TN. HJ. AHMAD AZAM ABDUL RAHMAN Penasihat-Penasihat : TN. HJ. YUSRI MOHAMAD PROF. DR. MUHAMMAD REDZUAN OTHMAN DR. MOHD SIDIN ISHAK PN. AINON MOHAMMAD Pengerusi : JUFITRI JOHA Timbalan Pengerusi 1 :IZWAN SUHADAK ISHAK...

Saturday, December 01, 2007

Catatan Ringkas Pelayaran STS Puteri Mahsuri

Selama 10 hari bersama lebih kurang 36 orang peserta di atas kapal “Puteri Mahsuri” berada di tengah lautan memberi seribu satu pengalaman yang berlainan daripada biasa program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan yang dinamakan “Malaysian Ship Tarining Sail (STS Puteri Mahsuri)”. Program dimulakan dengan orientasi selama 3 hari bermula 10-12hb November 2007 yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Johor Bahru. Orientasi ini diadakan...

Tuesday, November 27, 2007

Laporan SAKTI II

19hb November 2007, Jandak Baik - Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi KEM SAKTI II telah berjaya dilaksanakan oleh ahli-ahli baru yang telah dipilih berdasarkan keriteria tertentu juga telah diumumkan pada KEM SAKTI II kali ini. Peserta yang hadir seramai 30 orang termasuk urusetia telah berjaya melalui fasa-fasa penilaian yang dimulakan dengan pengasas GPTD iaitu En. Azam. Pada hari terakhir program Kelab HAMKA telah ditubuhkan dibawah pemantauan...

Friday, November 09, 2007

STS Puteri Mahsuri

10 November 2007, Johor Bahru - Saudara Hakim (Exco GPTD) dan Saudara Mujahid (APPIM PKPIM) akan mewakili ABIM dalam program pelyaran STS Puteri Mahsuri anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Program itu akan berlangsung selama 12 hari bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 22 November 2007. Program itu akan bermula di Johor Bahru untuk menjalani latihan kecergasan selama 4 hari. Selepas itu peserta kan bergerak ke Jabatan Tentera Laut Malaysia...

Majlis Pernikahan

09 November 2007, Petaling Jaya - Alhamdulillah, telah selamat diijab kabulkan pernikahan antara Saudara Mohd Khairudin Mohd Nor (Bekas Penyelaras GPTD & Ketua Grup Perentas LAOS) dan Saudari Ameerah Yaacob. Majlis yang berlangsung pada jam 3.00 petang disaksikan lebih kurang 50 orang daripada kedua-dua belah keluarga.InsyaAllah, jamuan akan diadakan pada 25 November 2007, bersamaan 15 Zulqa'edah 1428Hijrah, hari Ahad bertempat di No. 10, Lorong...

Wednesday, October 24, 2007

Program Kapal Belia Asia Tenggara – Jepun (SSEAYP) 2007

22 Oktober 2007 / 10 Syawal 1428 H – Saudari Nurul Hussna telah berlepas ke Jepun bersama 29 orang delegasi Malaysia pagi semalam di KLIA untuk mewakili ABIM dan Malaysia ke Program Kapal Belia Asia Tenggara – Jepun (SSEAYP) 2007. Program SSEAYP merupakan program tahunan anjuran Kerajaan Jepun dan Kerajaan Negara-Negara Asean termasuklah Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia. Melalui program ini, para peserta dari...