Tuesday, December 05, 2006

Bengkel Asas GPTD


02 Desimber, 2006-Anjung Rahmat, Kuala Lumpur - Tepat jam pukul 10 pagi majlis dimulakan dengan ucapan perasmian dari En.Azril merangkap jawatan sebagai ABIM Antarabangsa dan salah seorang ahli International Islamic Foundation Organization(IIFO), telah merasmikan majlis dan memberikan maklumat mengenai 'GPTD dan ISU-ISU Antarabangsa' seperti isu FTA,murtad,aplikasi perdagangan bebas dan menghuraikan serba sedikit mengenai buku "The world is Flat" yang ditulis oleh Thomas Frickman, isu globalisasi dan Malaysia, kepada semua ahli Grup GPTD yang hadir iaitu seramai 11 orang.
Kemudian, abang Jufitri sebagai Pengerusi GPTD mengalu-alukan kedatangan ahli baru dari KUIM,iaitu saudara Firdaus dan saudari Nabihah dari UNISEL dan memberitahu objektif sasaran tidak dapat dicapai kerana bilangan kehadiran yang sedikit. Slot 'Bagaimana memulakan satu grup' yang telah dibentangkan olehnya telah sedikit sebanyak membantu grup-grup GPTD yang hadir seperti Syria,UK,Laos, Belanda,Myanmar, dan ahli-ahli baru.