29 Nov, Rembau - Seramai 17 komuti disertai oleh Prof.Dr.Halim dan En.Zainal sebagai rujukan sumber sejarah dan sumber ilmu,Cik Noraniza Idris dan 5 wakil GPTD telah memeriahkan dan menyelusuri laluan tersebut.Penjelajahan kami bermula pada pukul 11.30pagi,di rumah En.Zainal,kemudian bertolak ke Pengkalan Tanjung Agas,dan menjejaki tempat-tempat perhentian Raja Melewar seperti Penjemuran Buaya,Tebing Tinggi,Simpang,Kota Pedas,Pengkalan Shah Bandar,Danau Sri Emas dan Astana Raja. Teratak Pak Shukor, di Sri Menanti menjadi perhentian seterusnya sambil menikmati minum petang dan disambut dengan paluan kompang. Selepas solat Maghrib, kami melaporkan tugasan tersebut ke Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, En.Khidir di Nilai. Perbincangan selesai pada pukul 11.00malam dan kami bertolak pulang. Pengalaman yang menyeronokkan ilmiah,"adventeruos" diterokai oleh kami. terima kasih Rembau dan semua pihak yang terlibat.