Tuesday, March 24, 2009

Grup Ashabulkahfi



GPTD telah melancarkan laman blog Grup Ashabulkahfi di http://ashabulkahfigptdabim.blogspot.com/. Grup Ashabulkahfi diwujudkan untuk melatih pelajar-pelajar lepasan Tahfiz untuk menjadi pendakwah global melalui kerja-kerja kesukarelaan GPTD. Grup ini diketuai oleh saudara Saiful Islam (gambar di atas; beliau berdiri nombor dua dari kanan),lepasan Maahad Tahfiz Darul al-Quran JAKIM yang juga merupakan sukarelawan GPTD yang pernah dihantar ke Melbourne, Pulau Krismas, Singapura dan Brunei.

Monday, March 23, 2009

Forum di Universiti Malaysia Pahang



Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah dijemput menjadi panelis forum yang bertajuk "Peranan Tamadun dalam Mengintegrasikan Kaum di Malaysia" sempena Minggu Tamadun Universiti Malaysia Pahang (UMP). Forum ini akan diadakan pada :-

Tarikh : 25 Mac 2009 / 28 Rabiulawal 1430H (Rabu)
Masa : 2petang - 5petang
Tempat : WDKU1, Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Anjuran: Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan UMP


Saudara Jufitri dijangka mengutarakan konsep La Convevencia sebagai satu formula untuk mengintegrasikan kaum di Malaysia. La Convivencia bermakna 'Hidup Bersama'("the Coexistence"). Ia merupakan istilah khas yang menggambarkan situasi dan kondisi dalam sejarah keagungan Tamadun Islam Sepanyol daripada tahun 711 to 1492 masihi. Situasi tersebut menggambarkan masyarakat Islam, Yahudi dan Kristian boleh hidup secara relatifnya aman di bawah pemerintahan Kerajaan Islam terutamanya di Toledo. Toledo merupakan pusat berkembangnya idea ini secara praktikal. La Convivencia juga merujuk kepada "the interplay of cultural ideas between the three groups and ideas of religious tolerance".

Monday, March 16, 2009

GJSA



Pada Khamis lepas, 5 Mac 2009 bersamaan 8 Rabiul Awwal 1430H, satu pertemuan telah diadakan di Pejabat ABIM, Ampang sebagai langkah lanjutan bagi menggerakkan Grup Jiil Salahuddin al-Ayubi(GJSA). Pertemuan ini bermula pada jam 2 petang dan telah dikendalikan oleh saudara Najmudin, Setiausaha Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD). Pertemuan ini dihadiri oleh 5 orang tenaga penggerak grup dari Pusat Asasi UiAM yang terdiri daripada Mohd Zul Amin, Mohammad Fazril, Muhammad Izzat, Nur Afifah dan Nur Azimah....bacaan lanjut di http://grupjilsaladin.blogspot.com/

Monday, February 23, 2009

Mesyuarat Union of Ngo in the Islamic World (UNIW)



Baru-baru ini telah diadakan Mesyuarat Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) cawangan Malaysia (theunity.org). Mesyuarat ini turut dihadiri wakil WADAH, PKPIM, FGN, YTP, ABIM dan GPM. ABIM diwakili saudara Jufitri bin Joha yang juga merupakan Pengerusi GPTD.

UNIW Malaysia telah memanjangkan jemputan ke program tahunan UNIW Turki iaitu Ekspedisi Pendidikan ke Turki pada 28 Mei - 9 Jun / 3 Jamadilakhir - 15 Jamadilakhir.

Antara pengisian program adalah Sambutan 556 tahun Kejatuhan Kota Istanbul ke Tangan Sultan Muhammad al-Fateh dan Umat Islam, Lawatan ke Istanbul - Isparta - Konya (Maqam Jalaluddin ar-Rumi) - Bursa, Seminar Antarabangsa Palestin, Interaksi Belia Malaysia - Turki, Simposium Pemikiran Saed Nursi Badiuzzaman dan lain-lain.

Pihak GPTD turut dijemput menyertai Ekspedisi ini. Pihak GPTD juga akan mengambil kesempatan menziarahi wakil GPTD di Turki iaitu Saudara Faiz (Mas Darwin) di sana.

Jiil Salahuddin al-Ayyubi - Buku yang Harus Dibaca oleh Penggerak GPTD



Buku ini bakal diterbitkan semula pada bulan Mac, seluruh ahli GPTD disarankan membacanya terutama penggerak-penggerak Grup Jiil Salahuddin al-Ayyubi. Selamat membaca.

Friday, February 20, 2009

Ziarah Tokoh - ZITO

Ampang, 19hb Februari 2009 - GPTD telah membuat ziarah tokoh (ZITO) ke rumah saudara Syed Munawar iaitu pengacara RTM dan "Di Luar Lngkungan (DLL)". Turut sama-sama hadir kumpulan Usratika.
Setibanya di rumah beliau kami semua di jamu makan malam yang enak. Selepas makan bermula sesi perkongsian pengalaman khususnya dalam bidang media dan pengacaraan. Pengalaman beliau yang sudah 12 tahun di dunia pengacaraan ini perlu dikongsikan dengan kami. Beliau juga menggalakkan kepada ahli GPTD dan kumpulan Usratika cuba untuk berkecimpung dalam dunia media ini bukanlah semata-mata untuk mencari popular tetapi membantu memberikan idea-idea yang dalam penbentukan masyarakat yang berilmu.

Wednesday, February 18, 2009

Misi Dakwah di China

Sepang, 18hb Februari 2009 - Selepas misi pengajian di Jordan, GPTD telah menghantar sukarelawan untuk meneruskan misi. Pengarah Unit GPTD, Saudara Muhammad Suhail Ahmad telah berlepas ke Guangzhou, China untuk meneruskan misi dakwahnya di sana selama setahun. Menaiki kapal terbang di lapangan Terminal Karier Kos Rendah (LCCT) diiringi oleh pengasas GPTD, Tuan Hj. Ahmad Azam serta Penyelaras GPTD, Saudara Najmudin.

Insyallah saudara Suhail akan berada di sana untuk mempelajari bahasa Manderin serta mencari peluang dakwah kepada komuniti muslim di sana. Untuk mengikuti perjalanan dari semasa ke semasa dia boleh dilawati di laman blog ini.

Untuk itu, kami selitkan sedikit rakaman video dari mereka berdua ucapan dan harapan. Saksikanlah.....



Sunday, February 15, 2009

Misi Pengajian di Jordan

Sepang, 15hb Februari 2009 - Bekas Exco GPTD, Saudari Putri Nur Azwa Megat Yusof akan melanjutkan pelajarannya ke Jordan selama lebih kurang 4 tahun. Wakil GPTD, sahabat serta keluarga telah berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia (KLIA) seawal jam 8.30 pagi untuk sama-sama meraikannya. Turut hadir pengerusi, penyelaras serta beberapa exco bagi menghatar Saudari Putri.

Harapan GPTD kepada Saudari Putri agar tabah sepanjang di sana memanfaatkan segala ilmu yang ada. GPTD juga berharap agar Putri boleh menjadi koresponden GPTD di Jordan serta dapat menyumbang dalam apa jua bentuk tidak kira jauh di perantauan.