Monday, March 23, 2009

Forum di Universiti Malaysia Pahang



Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah dijemput menjadi panelis forum yang bertajuk "Peranan Tamadun dalam Mengintegrasikan Kaum di Malaysia" sempena Minggu Tamadun Universiti Malaysia Pahang (UMP). Forum ini akan diadakan pada :-

Tarikh : 25 Mac 2009 / 28 Rabiulawal 1430H (Rabu)
Masa : 2petang - 5petang
Tempat : WDKU1, Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Anjuran: Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan UMP


Saudara Jufitri dijangka mengutarakan konsep La Convevencia sebagai satu formula untuk mengintegrasikan kaum di Malaysia. La Convivencia bermakna 'Hidup Bersama'("the Coexistence"). Ia merupakan istilah khas yang menggambarkan situasi dan kondisi dalam sejarah keagungan Tamadun Islam Sepanyol daripada tahun 711 to 1492 masihi. Situasi tersebut menggambarkan masyarakat Islam, Yahudi dan Kristian boleh hidup secara relatifnya aman di bawah pemerintahan Kerajaan Islam terutamanya di Toledo. Toledo merupakan pusat berkembangnya idea ini secara praktikal. La Convivencia juga merujuk kepada "the interplay of cultural ideas between the three groups and ideas of religious tolerance".