Friday, December 07, 2007

IYCCC

A programme called International Youth Conference, Cultural Exchange and Camp (IYCCC) was held in Kampung Pacitan and Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan from 26th to 30th November 2007.

The programme's concept was the first ever to be held by the Negeri Sembilan Youth Council (MBNS).

GPTD also collaborate and paticipate in the programe represented by Addawiyah Salim, Mohd Khairudin Mohd Nor and
Mohd Rashdi Mustafa Kamal. The participants were from Yemen, Palestine, Turkey, Indonesia, Cambodia, Singapore, Timor Leste, Sri Lanka, Nepal and Malaysia.


Negeri Sembilan State Goverment through its ''Think Tourism'' campaign aimed to attract more tourist to visit this state. "Think Tourism through Youth Tourism" is the MBNS priority to promote and to succeed State Goverment objectives in tourism sect.

The objectives of this programme are:
  • To promote Visit Malaysia Year and "Think Tourism through Youth Tourism".
  • To uphold MBNS as ambassador to support the state government in succeeding "Think Tourism" agenda.
  • Mutual Co-operation between MBNS with International Youth among countries.
  • To promote our cultural and life style of all ethnics in Negeri Sembilan through Homestay programme.

'' Think Tourism is a vision which needs to be exposed in proactive actions, failing to practice it will remain as a merely dream that never becomes a reality ''

Struktur Syura GPTD 2007-2009

5hb Disember 2007, Anjung Rahmat - Telah diadakan mesyuarat Syura GPTD. 2 perkara telah dibincangkan iaitu struktur pimpinan GPTD dan perancangan GPTD 2007-2009. Berikut struktur Syura Baru GPTD:

Penaung / Pengasas :
TN. HJ. AHMAD AZAM ABDUL RAHMAN

Penasihat-Penasihat :
TN. HJ. YUSRI MOHAMAD

PROF. DR. MUHAMMAD REDZUAN OTHMAN
DR. MOHD SIDIN ISHAK
PN. AINON MOHAMMAD

Pengerusi :
JUFITRI JOHA

Timbalan Pengerusi 1 :
IZWAN SUHADAK ISHAK (Kelab)

Timbalan Pengerusi 2 :
NORYZAL ZAINAL ABIDIN (Latihan)

Ahli-ahli Syura GPTD :
MOHD SHAKIR FAHMI FAKHRULRAZI (Ekonomi)

NOR HELMEE ZAINAL ABIDIN (Media)
MOHD SUHAIL AHMAD (Projek Khas)
NORAZLA ABDUL WAHAB (Undang-undang)
NOR FADLIANA SAMAN (Alumni)
NAJMUDDIN MOHD NAWI (Ketua Penyelaras)

Pengerusi Kelab Ibnu Battutah : IZWAN SUHADAK ISHAK
Pengerusi Kelab Badiuzzaman : NAJMUDDIN MOHD NAWI
Pengerusi Kelab HAMKA : MOHD NADMIN RAMLAN

Struktur Pimpinan:

Penyelaras :
NAJMUDDIN MOHD NAWI

Setiausaha :
NURSYAFAFWATI MOHD SHAHIMI

Setiausaha Kewangan :
RAPIDAH AHMAD

Penolong Setiausaha merangkap
Setiausaha Kerja(SUK) :
AHMAD FAISAL HAJI MD ZAWAWI

------------ ---------
Ketua-ketua Biro:
a.) Kemahiran & Sukerelawan :
AIN NAJWA BADRUL AMIN

b.) Wacana & Kajian Ketamadunan:
Dipengerusikan oleh Ketua Penyelaras

c.) Penerangan :
PUTERI NUR AZWA MEGAT MOHD YUSUF

d.) IT & Multimedia :
ABDUL HAKIM SHAHBUDDIN

e.) Bahasa & Linguistik :
NURNAJIHAN NASOHA

f.) Ekonomi & Keusahawanan :
NIK FATIHAH NIK MOHAMMAD

g.) Sukan & Rekreasi :
MOHD HUZAIFAH AHMAD


------------ ---------

Ketua Penyelaras : NAJMUDDIN MOHD NAWI

Penasihat Khas : EN. AZRIL MOHD AMIN
Penyelaras-Penyelaras Kawasan:
Asia : MOHD SUHAIL AHMAD
Eropah & Asia Tengah : NAJMUDDIN MOHD NAWI
Amerika : JUFITRI JOHA
Oceania & Pasifik : NORYZAL ZAINAL ABIDIN
Afrika : MOHD SHAKIR FAHMI FAKHRULRAZI

Ketua-ketua Grup:
Laos : MOHD KHAIRUDIN MOHD NOR
China : ABDUL HAKIM SHAHBUDDIN
Bosnia Herzegovina : NURNADZIFA AHMAD AZAM
Sri Lanka : AIN NAJWA BADRUL AMIN
United Kingdom : AHMAD SALAHUDDIN FAKHRI

Koresponden Antarabangsa:
Amerika Syarikat : MOHD JAZLAN
United Kingdom : ATFY
Jordan : MOHD TRIMIZI

Saturday, December 01, 2007

Catatan Ringkas Pelayaran STS Puteri Mahsuri

Selama 10 hari bersama lebih kurang 36 orang peserta di atas kapal “Puteri Mahsuri” berada di tengah lautan memberi seribu satu pengalaman yang berlainan daripada biasa program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan yang dinamakan “Malaysian Ship Tarining Sail (STS Puteri Mahsuri)”.

Program dimulakan dengan orientasi selama 3 hari bermula 10-12hb November 2007 yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Johor Bahru. Orientasi ini diadakan bagi memastikan setiap peserta lebih bersedia tidak kira dari segi spiritual atau fizikal sebelum menaiki kapal. Ini kerana program ini bukan program yang biasa kerana kita berhadapan dengan laut. Antara yang diterapkan sepanjang orentasi ialah semangat kerjasama dan setia kawan melalui beberapa modul yang bermanfaat. Peserta juga diajar cara keyakinan diri melalui pengucapan awam. Ini secara tidak langsung menjadikan setiap peserta lebih berani dalam menghadapi sesuatu situasi.

Para peserta berbincang menyiapkan logo kumpulan

Membuat pembentangan logo, misi dan visi kumpulan.

Pada 13hb November 2007 peserta bertolak ke Jeti Lumut, Perak bagi memulakan pelayaran. Lebih kurang pada jam 10 pagi peserta telah menaiki kapal Puteri Mahsuri. Selepas menaiki kapal peserta diperkenalkan dengan krew-krew kapal dari kapten sehinggalah jurulatih. Peserta telah di bahagikan kumpulan mengikut awasan masing-masing termasuk awasan hijau, merah dan biru. Setiap awasan juga diawasi oleh seorang jurulatih. Selepas itu peserta dibawa setiap jurulatih melawat seluruh isi dalam kapal yang diamakan “Ship Tour”. Banyak yang diperolehi setiap peserta kerana kapal ini bukanlah kapal yang biasa kerana ia ada sejarahnya sendiri. Nama asal kapal ini adalah “Karin Maru” yang dimiliki oleh Jepun suatu masa dahulu. Kelihatan juga di setiap dinding kapal tergantung potret-potret wajah Jepun yang berkaitan dengan kapal ini. Peserta juga dibawa melawati tempat memandu atau “Bridge” yang menjadi tonggak utama pengawalan kapal. Semua kawalan kapal dilakukan di Bridge. Antara tempat lain peserta lawati bilik enjin, tempat makan atau “Salloon”, dapur atau “Galley” dan lain-lain lagi. Segalanya lengkap di dalam kapal ini.

Peserta tiba di Jeti Lumut, Perak

Taklimat awal yang diberikan oleh Kapten dan Komander

"Ship Tour" bersama jurulatih Mick (bebaju kuning)

Lebih kurang jam 5 petang kapal mula berlayar menuju ke Langkawi. Bermulalah pelayaran dengan laut yang sedikit bergelora membuatkan sebahagian peserta mula mabuk. Lebih kurang setengah jam kemudian, peserta dikumpulkan dan diberi taklimat cara memanjat tiang layar. Setiap peserta diberi peralatan keselamatan seperti “Harness”. Perlatan ini perlu dipakai setiap kali memanjat atau memasang layar. Keselamatan diutamakan dalam kapal ini. Selepas itu peserta mula memanjat tiang layar yang ada sebanyak 3 tingkat tiang layar. Kelihatan sebahagian wajah peserta sedikit takut dan gayat. Mugkin ini kali pertama mencuba aktiviti seperti ini dan ia berlainan dari biasa kerana kita berada di lautan. Sebenarnya aktiviti memanjat tiang layar ini sedikit sebanyak membentuk keberanian dan keyakian dalam diri peserta.

Peserta mula memanjat tiang layar

Sebahagian peserta yang telah berjaya memanjat

Selepas selesai aktiviti ini, peserta dijamu dengan makan malam yang enak-enak. Bercerita tentang makanan, sepanjang program peserta dijamu dengan makanan yang agak mewah 6 kali sehari. Peserta juga dinasihatkan supaya makan banyak untuk mengelakkan mabuk laut. Apabila perut kosong lebih mudah untuk mendapat mabuk laut. Apabila muntah perut akan menjadi kosong. Jika tidak diisi dengan makanan keadaan akan menjadi lebih buruk.

Tibalah waktu menjamu selera

Disiplin amat penting sepanjang pelayaran ini terutamanya masa. Daripada bangun pagi sehinggalah melakukan setiap aktiviti masa amat dititik beratkan. Secara tidak langsung ini akan lebih mendisiplinkan para peserta dan sentiasa tepati masa. Peserta juga diberikan jadual bertugas menjadi pembantu tukang masak di Galley dan mengawasi kapal pada waktu malam. Setiap peserta diberikan tugas mengikut giliran membantu apa sahaja berkaitan dengan Galley. Peserta perlu menyediakan bahan masakan dan menghidangkan kepada peserta lain setiap kali makan. Peserta bukan sahaja menyediakan untuk peserta lain malahan menyediakan untuk makanan untuk kapten dan ketua jurutera kapal. Ini dapat membantu para peserta sedikit sebanyak mempelajari cara memasak. Peserta juga dibahgikan tugas menjaga sekitar kawasan kapal sepanjang malam dari jam 10 malam sehingga jam 4 pagi. Dalam tugas ini peserta berpeluang mengendalikan kapal selain mengawasi kapal.

Menjadi pembantu tukang masak

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirangcangkan dalam pelayaran ini ialah memanjat tiang layar, memasang layar, aktiviti “Swing”, aktiviti “Absailing”, aktiviti terjun laut, treasure hunt, aktiviti “Emergency Steering”, aktivitiTake over the Ship” dan malam kebudayaan. Aktiviti Swing memerlukan keberanian dan keyakinan dan tinggi. Ini kerana peserta akan bergayut di satu tali yang diikat pada sebuah tiang layar. Sebelum itu, setiap peserta perlu memanjat lebih kurang 5 meter sebelum bergayut. Memang agak takut kerana peserta berada di permukaan air laut.

Melakukan aktiviti "Swing"

Menguji keberanian

Aktiviti Absailing ini mengajak peserta memanjat setingkat tiang layar dan akan turun menggunakan tali yang telah diikat kuat. Peserta juga diawasi oleh jurulatih memikirkan aspek-aspek keselamatan. Antara perkara yang perlu semasa melakukan aktiviti ini peserta diwajibkan memakai topi kaledar dan sarung tangan yang telah disediakan. Ini kerana peserta berhadapan dengan tempat tinggi dan sarung tangan digunakan untuk memegang tali untuk turun. Jika tidak menggunakan sarung tangan akan memnyebabkan tangan peserta lebih mudah luka atau melecur.

Peserta sedang melakukan Absailing

Aktiviti terjun laut pula membawa setiap peserta memberanikan diri terjun dari kapal setinggi lebih kurang 5 meter. Tetapi peserta bukan terjun dengan tangan kosong. Peserta perlu mengenakan jaket keselamatan yang telah diberikan kepada setiap peserta. Tetapi bukan semua yang mampu untuk melakukan aktiviti ini. Selepas terjun peserta dikehendaki berenang menuju ke bot untuk menuju ke Pulau Dayang Bunting. Di pulau ini sedikit aktiviti dilakukan serta memberi peserta melihat sendiri keindahan pulau ini yang mana di dalam terdapat sebuah tasik yang indah dan tenang. Peserta diberi masa selama lebih kurang 5 jam untuk menikmati keindahan pulau ini. Ternyata ramai pengujung yang bertandang ke pulau ini tidak kira dalam dan luar Negara. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah berkayak, bot solar dan sebagainya. Pengunjung boleh berenang dengan percuma di kawasan tasik yang dibenarkan.

Tiba di Pulau Dayang Bunting

Berenang sekitar kawasan tasik

“Treasure Hunt” adalah aktiviti yang menguji para peserta kerjasama dalam kumpulan mendapatkan jawapan yang berkaitan dengan kapal. Semua soalan yang diberikan kepada peserta perlu dilengkapkan dengan masa yang telah diberikan. Masing-masing melihatkan wajah bekerjasama serta bertungkus lumus pusing satu kapal mendapatkan jawapan. Ini sekali gus dapat mengingatkan lagi tentang kapal dengan adanya aktiviti ini.

Aktiviti “Emergency Steering” ialah pengendalian steering kecemasan kapal apabila steering automatic menghadapi masalah. Peserta diberi peluang untuk mencuba sendiri mengendalikan steering kapal yang sangat besar, cara membaca kompas magnetik dan sebagainya. Inilah aktiviti yang dinantikan para peserta iaitu “Take Over the Ship”. Kapal ini akan diserahkan peserta dan setiap peserta memegang jawatan masing-masing yang telah dilantik darilah kapten sehinggalah krew dan anak kapal. Peserta juga dikehendaki merancang aktiviti sepanjang mengambil alih kapal. Ini membuatkan seolah-olah peserta benar-benar mengendalikan kapal tersebut.

Seorang peserta mencuba wengawal steering kecemasan

Malam terakhir sebelum peserta pulang, peserta dikehendaki membuat persembahan mengikut setiap awasan masing-masing. Tetapi peserta telah diberikan masa kurang daripada sehari untuk merancang dan membuat persediaan. Malam itu menyaksikan bakat-bakat peserta yang terpendam dapat dikeluarkan. Ada yang membuat dikir barat, berpuisi, bersyair dan ada yang membuat lakonan.

Dikir Barat

Puisi dan nyanyian

Menunjukkan bakat yang terpendam

Peserta juga diberikan satu hari kelepasan untuk membolehkan para peserta melakukan aktiviti di darat. Peserta telah dibenarkan untuk ke Langkawi untuk melakukan apa sahaja selagi mana tidak menyalahi undang-undang. Peluang ini tidak dilepaskan oleh para peserta. Ada yang menyewa kenderaan untuk melawat tempat-tempat bersejarah dan menarik. Ada juga yang mengambil kesempatan ini bertemu sahabat dan teman. Ada juga yang duduk sahaja di rumah kerana terlalu letih. Antara aktivit yang dilakukan di sini ialah mengunjungi Gunung Machincang, Galeria Perdana. Dan lain-lain lagi. Antara tempat yang menjadi tumpuan para peserta ialah ekan Kuah yang mana menempatkan barang-barang dalam dan luar Negara yang bebas cukai. Mulalah masing-masing berbelanja dengan banyak mungkin untuk keluarga dan sahabat. Tetapi barangan bebas cukai ini perlu dibeli mengikut had barang kawalan untuk mengelak cukai di kastam nanti.

Sebahagian peserta di Gunung Machicang

Di Galeria Perdana

Selepas 10 hari berada di atas kapal tibalah masa untuk pulang. Masing-masing menunjukkan wajah hiba dan sedih seperti tidak mahu pulang. Program diakhiri dengan bersalaman dan mengambil gambar beramai-ramai. Lebih kurang jam 10 pagi 23hb November 2007 peserta tiba di Jeti Lumut, Perak. Setelah lebih kurang sejam meninjau kawasan sekitar jeti semua peserta mengucapkan selamat tinggal dan pulang tempat masing-masing. Sesungguhnya program ini sangat bermanfaat dan mendidik para belia dari segi semangat, fizikal dan sebagainya. Program seperti ini perlu diteruskan untuk membantu para belia akan datang.

Pemberian cenderehati sebagai tanda kenangan

Sesi bergambar peserta dan krew kapal

Disediakan oleh: Abdul Hakim b Shahbuddin
Sumber Foto: Komeng, Pija, Tina, Ayu & Ustaz

Tuesday, November 27, 2007

Laporan SAKTI II

19hb November 2007, Jandak Baik - Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi KEM SAKTI II telah berjaya dilaksanakan oleh ahli-ahli baru yang telah dipilih berdasarkan keriteria tertentu juga telah diumumkan pada KEM SAKTI II kali ini. Peserta yang hadir seramai 30 orang termasuk urusetia telah berjaya melalui fasa-fasa penilaian yang dimulakan dengan pengasas GPTD iaitu En. Azam. Pada hari terakhir program Kelab HAMKA telah ditubuhkan dibawah pemantauan Saudara Zaid, Ketua Grup Maninjau. Semua peserta yang hadir di beri masa selama bagi menggerakkan Kelab HAMKA.


Selain itu, Saudara Najmudin (Ketua Penyelaras) turut membentangkan struktur organisasi GPTD sesi 2007/2009. Turut Hadir di majlis penutup program adalah Saudara Nadmin (Grup Maninjau), Saudara Suhail (Grup China), Saudara Jufitri (Pengerusi). Mereka turut berkongsi pengalaman serta memberi kata-kata semangat kepada semua peserta. Program diakhiri dengan salam ukhwah dan sesi bergambar.

Friday, November 09, 2007

STS Puteri Mahsuri



10 November 2007, Johor Bahru - Saudara Hakim (Exco GPTD) dan Saudara Mujahid (APPIM PKPIM) akan mewakili ABIM dalam program pelyaran STS Puteri Mahsuri anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Program itu akan berlangsung selama 12 hari bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 22 November 2007.


Program itu akan bermula di Johor Bahru untuk menjalani latihan kecergasan selama 4 hari. Selepas itu peserta kan bergerak ke Jabatan Tentera Laut Malaysia di Lumut. Peserta akan menaiki kapal STS Puteri Mahsuri menyusuri Selat Melaka dan Laut Andaman lebih kurang 7 hari dan seterusnya ke Langkawi dan akan berakhir di Lumut.

Sepanjang perjalanan peserta akan diajar segala teknik berkaitan dengan kapal dan cara mengendalikan kapal layar. Program ini juga bertujuan membina jati diri dan kekuatan dalam diri untuk para belia kita.

Majlis Pernikahan

09 November 2007, Petaling Jaya - Alhamdulillah, telah selamat diijab kabulkan pernikahan antara Saudara Mohd Khairudin Mohd Nor (Bekas Penyelaras GPTD & Ketua Grup Perentas LAOS) dan Saudari Ameerah Yaacob. Majlis yang berlangsung pada jam 3.00 petang disaksikan lebih kurang 50 orang daripada kedua-dua belah keluarga.

InsyaAllah, jamuan akan diadakan pada 25 November 2007, bersamaan 15 Zulqa'edah 1428Hijrah, hari Ahad bertempat di No. 10, Lorong 1, Jalan Seri Mas13, Taman Seri Telok Mas, 75460, Melaka Bandaraya Bersejarah. Semua warga GPTD dijemput hadir.



Wednesday, October 24, 2007

Program Kapal Belia Asia Tenggara – Jepun (SSEAYP) 2007

22 Oktober 2007 / 10 Syawal 1428 H – Saudari Nurul Hussna telah berlepas ke Jepun bersama 29 orang delegasi Malaysia pagi semalam di KLIA untuk mewakili ABIM dan Malaysia ke Program Kapal Belia Asia Tenggara – Jepun (SSEAYP) 2007. Program SSEAYP merupakan program tahunan anjuran Kerajaan Jepun dan Kerajaan Negara-Negara Asean termasuklah Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia.

Melalui program ini, para peserta dari negara Asean dan Jepun akan berlayar bersama dalam kapal Jepun iaitu Nippon Maru yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dewan besar, kolam renang, gymnasium, mini teater, kabin, dewan makan dan kawasan bersukan. Kapal Nippon Maru yang mempunyai 7 tingkat ini akan memulakan pelayaran dari Pelabuhan Yokohama, Jepun menelusuri negara-negara Asean terpilih seperti Vietnam, Indonesia, Brunei, Malaysia, Singapura dan Thailand. Ketika singgah di negara-negara terpilih termasuk Jepun mereka akan menjalani beberapa program rasmi seperti, homestay, lawatan ke institusi penting dan strategik dan interaksi dengan belia setempat. Sepanjang perjalanan merentas samudera, para peserta juga akan menjalankan pelbagai aktiviti dalam kapal bersama keseluruhan peserta yang berjumlah hampir 300 orang lebih.

Program ini bertujuan mengukuhkan jaringan dan solidariti belia antara Jepun dengan negara Asia Tenggara dan meningkatkan kerjasama serantau yang lebih gemilang di peringkat belia.

Saudari Husna merupakan salah seorang ahli ABIM dan GPTD yang sedang belajar di salah sebuah maktab perguruan di Sungai Petani. Seorang lagi ahli ABIM yang turut serta adalah saudara Azli bin Harun mewakili Majlis Belia Negeri Negeri Sembilan (MBNNS). Beliau merupakan Setiausaha ABIM Daerah Rembau dan Pemangku Penolong Setiausaha Agung MBNNS.

Program ini juga pernah disertai oleh saudara Jufitri bin Joha, Exco ABIM Pusat pada tahun 2004.

Monday, October 22, 2007

Laporan Dari Werribee, Melbourne

Sabtu, 15 September 2007
Tiba di Tullamarine International Airport, Melbourne pada jam 6.00 pagi. Sedikit masalah dengan pihak imegresen Australia, namun semuanya berjalan dengan lancar, alhamdulillah.

Disambut oleh En. Omar Hallak (Pengetua Al-Taqwa College, Werribee), Tuan Hj.Salem Salikin (Pengerusi Khairat Melayu Islam Victoria), dan Abu Marwan, staf di Al-Taqwa College (TQ).

Kami dibawa ke Al-Taqwa College, kemudian terus ke tempat penginapan kami di 19, Ellesmere Way, Truganina, hanya lima minit dari TQ. Kami diberikan sebuah rumah yang cukup lengkap dan selesa dengan pelbagai kemudahan seperti mesin basuh, peti sejuk, dapur gas, dan sebagainya.

Pada jam 2.00 petang, kami dibawa ke TQ sekali lagi untuk melihat suasana kelas agama yang diadakan untuk orang-orang Melayu Islam yang diadakan pada setiap hari Sabtu. Terdapat kelas al-Quran untuk pelajar-pelajar bagi semua peringkat umur, dan kelas agama bagi golongan dewasa.

Kami berbuka puasa di TQ, bersama-sama para jemputan lain. Jamuan berbuka ditaja oleh seorang jemaah.
Tugasan harian kami sebagai imam tarawih bermula dengan kami menggantikan Syeikh Yusuf, Omar Kamal, dan Ishak sebagai imam tetap untuk solat tarawih.

Isnin, 17 September 2007
Kami pergi ke TQ untuk diperkenalkan dengan beberapa orang staf di sana seperti Pn. Rahany, pembantu peribadi En. Omar Hallak, En. Mustafa Yassin, En. Samih Aghbash, En. Abu Anas Sammak, En. Hussam Hallak, En. Muhammad Hallak, dan ramai lagi. Semuanya mengalu-alukan kedatangan kami.

Bertemu dengan Pn. Zahara Manaf yang lebih mesra dengan panggilan Aunty Zahara selepas solat tarawih. Hampir kesemua urusan kami di Melbourne ini dikendalikan oleh beliau tanpa keluhan dan rungutan walau sedikit pun. Beliau ibarat ibu bagi kami yang sedia memenuhi permintaan anak-anaknya tanpa banyak soal.

Jumaat, 21 September 2007
Pengetua TQ memberikan tiga orang pelajar kepada kami yang dilihat beliau berpotensi besar untuk dimajukan supaya kami berikan kursus al-Quran intensif selama dua minggu. Mereka ialah Emir Kosic, pelajar keturunan Bosnia, Haitham Hallak, dan Lu'ai.

Sabtu, 22 September 2007
Cuti sekolah bermula bagi seluruh Australia selama dua minggu.

Isnin, 24 September 2007
Kami berkenalan dengan Ustaz Saadon dan isteri beliau, Ustazah Rogayah. Mereka berdua merupakan pasangan guru agama yang giat memberikan kuliah agama kepada penduduk sekitar dan mempunyai beberapa anak murid yang setia, semuanya golongan dewasa.

Aunty Zahara mengaturkan kelas al-Quran bagi anak-anak kecil untuk kami ajar. Semua kanak-kanak yang kami ajar bukan orang Melayu kecuali Rizal, anak bongsu Pn. Zahara. Sambutan yang kami dapat agak memuaskan dengan hampir 10 orang menyertai kelas tersebut. Kelas ini berakhir sebaik sahaja Ramadhan berakhir.

Selasa, 2 Oktober 2007
Kami dibawa oleh Emir Kosic bersiar-siar di Melbourne City, bermula di Bottany Park, terus ke masjid kepunyaan Islamic Council di jantung Melbourne, Pantai St. Kilda, Williamstown, kemudian pulang ke Truganina.

Pada jam 1.30 pagi, kami dibawa oleh Emir dan abangnya Edin ke Melbourne untuk berqiam di sana. Malam tersebut ialah malam ke-21 Ramadhan. Bermula pada malam ini juga, TQ menganjurkan qiam dengan diketuai oleh En. Omar Kamal, salah seorang guru agama di sekolah.

Isnin, 8 Oktober 2007
Persekolahan bermula kembali. Saiful Islam dibawa ke Darul Ulum oleh En. Ahmad, seorang warga Singapura untuk melihat-lihat keadaan di sana.


Catatan:
Sepanjang kami berada di sini, jadual harian agak ketat dengan dua sesi kelas al-Quran, pagi dan petang. Kami dijemput berbuka puasa di banyak tempat, ada yang Melayu, tetapi kebanyakkannya Arab. Sepanjang tiga minggu berpuasa, hampir kesemua iftar diadakan di sekolah dengan ditaja oleh para jemaah dan sebagai imam yang dijemput khas, kami tidak boleh menguzurkan diri dari iftar di TQ walaupun kadang-kadang ada orang lain menjemput kami datang ke rumah.
Kami tidak dapat memberikan laporan dari semasa ke semasa kerana akses internet yang sangat terbatas.

Ahmad Hamzah Mat Daud
Saiful Islam Mohamad Naser