123

Wednesday, July 19, 2017

PEMBENTANGAN OLEH PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, setiap pelajar yang menjalani Latihan Industri di GPTD wajib melakukan pembentangan berkaitan subjek yang dipelajari di institusi masing-masing. Dengan itu, pada 18 Julai 2017, setelah sebulan menjalani sesi latihan industri di sini, akhirnya tiba giliran Nuur Aqillah, pelajar jurusan Sosiologi & Antropologi UIAM untuk mempersembahkan apa yang dipelajarinya di universiti. Beliau mempersembahkan...

Sunday, July 16, 2017

JOM BARAAN-8 BERSAMA GPTD

Keistimewaan program  "Jom Baraan" kali ini bukan hanya disertai oleh ahli GPTD sendiri namun, terdapat juga penyertaan daripada dua orang pelajar luar negara iaitu dari negara Indonesia dan Peru.   Dengan itu, pada 15 Julai 2017 yang lalu, GPTD telah menganjurkan program "Jom Baraan" kali ke lapan sebagai menghidupkan kembali budaya masyarakat Melayu Johor untuk menyambut kedatangan Aidilfitri dengan amalan kunjung-mengunjung...

Monday, July 10, 2017

INFO & TIPS (INTIP) – TARIKH KITA

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB MEMELUK ISLAM Nama sebenar Saidina Umar Al-Khattab adalah Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Ribaah bin Abdilla bin Qarth bin Razaah bin Adi bin Kaab. Beliau berketurunan Arab Quraisy dari kabilah Bani Adi. Umar Al-Khattab terkenal dengan sikap bengisnya. Beliau terkenal sebagai seorang yang kejam dan dilantik sebagai duta kaumnya untuk mengadakan perundingan antara kabilah yang bermusuhan. Pengikut...

Thursday, July 06, 2017

JOM BARAAN kembali lagi dengan edisi ke-8!

JOM BARAAN UNTUK KALI KE-8! Selamat Hari Raya kepada semua😁. Sempena sebulan merayakan Syawal yang mulia ini, GPTD bakal mengadakan sebuah program yang dikenali sebagai Jom Baraan. Alhamdulillah, program Jom Baraan GPTD kali ini telah masuk tahun ke-8. Program ini hanya dijalankan setahun sekali pada bulan Syawal sahaja. Pada 15 Julai 2017 ini, kita akan berkumpul di pejabat GPTD di Jalan Gombak & menaiki bas khas beramai-ramai...

Monday, July 03, 2017

KEMASUKAN BARU PELAJAR LATIHAN INDUSTRI KE GPTD

Minggu ini (3 Julai 2017), GPTD menerima dua orang pelajar Latihan Industri (LI). Masing-masing pelajar jurusan Sastera (LInguistik).  Selamat datang diucapkan kepada dua orang lagi pelajar Latihan Industri (LI) dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) iaitu Sdr. Zaid dan Shahrul. Rezeki mereka melapor diri hari ini kerana dapat bertemu dengan Pengerusi GPTD iaitu Saudara Muhammad Suhail yang baru pulang dari Somaliland. Berikut...