123

Tuesday, November 17, 2015

Kempen Wakaf Penapis Air

8 Oktober 2015, Lantai Tiga - Pada bulan oktober yang lalu, GPTD telah melancarkan tabung Wakaf Penapis Air. Hasil dari sumbangan orang ramai, kempen ini telah berjaya mengutip jumlah sasaran sebanyak RM500 dalam masa 3 hari. Penapis air hasil sumbangan orang ramai Pemasangan penapis air oleh wakil Delcol Terima kasih kami ucapkan kepada para penderma yang sudi menderma bagi memudahkan para petugas, relawan dan tetamu yang hadir ke GPTD...

Monday, November 09, 2015

KULIAH INSPIRASI TOKOH (KIT) Siri 6

24 Oktober 2015 -  Telah berlangsung Kuliah Inspirasi Tokoh (KIT) siri ke-6 bersama dengan Prof. Madya Dr Mat Rofa membincangkan tajuk "Syeikh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi; Pemikiran Matematik Alam Melayu" Berikut kami kongsikan antara pengisian kuliah yang dicatat oleh relawan GPTD, saudara Alif Fitri.    * Nama penuh : Syeikh Ahmad bin Abdul Latif bin Abdullah bin Abdul Aziz al-Khatib al-Minangkabawi al-Fadani al-Jawi...

Buku Hasil Kolaborasi Tim Penyelidik GPTD dan Penulis Novel Al-Ghazali

3 November 2015 - Alhamdulillah. Buku hasil kolabrasi Tim Penyelidik GPTD dan penulis novel Al-Ghazali telah berada di pasaran. Buku ini merupakan buku biografi tokoh Saidina Muawiyah bin Abu Sufyan Sakhr bin Harb bin Umayyah bin Abdu Shams bin Abdu Manaf bin Qusay bin Kilab al-Qurashiyy al-Umawiyy. Beliau juga turut digelar sebagai Abu Abdul Rahman. Buku ini menceritakan secara dasar siapa itu Muawiyah. Walaupun cuma secara asas tetapi...

Wednesday, October 28, 2015

Kuliah Inspirasi Tokoh Siri 5

19 September 2015, DBP - Pada 19 September yang lalu, GPTD dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka kuala Lumpur telah mengadakan Kuliah Inspirasi Tokoh bagi siri ke-5 dengan tajuk "Falsafah Yunani Dalam Sains Orang Melayu dengan Merujuk kepada Kitab Bustan as-Salatin" yang disampaikan oleh Dr. Pisol bin Maidin. Berikut kami kongsikan antara pengisian kuliah yang dicatat oleh relawan GPTD, saudara Alif Fitri. Muqaddimah 1. Apakah...

Tuesday, September 22, 2015

GPTD @ BENGKEL PENULISAN.

12 September 2015, Shah Alam - GPTD dengan kerjasama Grup Buku Karangkraf telah mengadakan Bengkel Penulisan yang telah dihadiri oleh 20 peserta awam dan ahli GPTD. Bengkel Penulisan pada kali ini menampilkan dua tokoh di dalam bidang penulisan iaitu Datuk Abd Jalil Bin Ali, Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, dan En. Norden Mohamed, Ketua Pengarang Sinar Harian. Berikut merupakan ringkasan isi bengkel berkenaan yang dikongsikan oleh...

Sunday, September 13, 2015

GPTD @ Kolej UNITI, Port Dickson

9 September 2015, Port Dickson - Pada hari Rabu yang lalu, GPTD telah menerima jemputan dari pihak Kolej UNITI, Port Dickson untuk bekerjasama dalam menjayakan satu forum bertajuk Menyorot Kemerdekaan Bangsa. Forum yang berlangsung pada sebelah petang itu telah dihadiri oleh 50 orang pelajar. Forum yang sedang berlangsung Sepanjang forum berlangsung, pameran GPTD juga turut diadakan. Pameran berlangsung meriah dengan kehadiran pelajar-pelajar...

Monday, September 07, 2015

BENGKEL PENULISAN (12 September 2015)

GPTD dengan kerjasama Grup Buku Karangkaraf membawakan Bengkel Penulisan pada 12 September 2015 bersama penulis-penulis hebat. Peserta akan didedahkan dengan kaedah-kaedah menarik untuk menghasilkan penulisan yang menarik sepanjang program berlangsung. Terhad kepada 30 ORANG SAHAJA. Daftar sebelum 11 September 2015. Untuk mendaftar sila SMS/Whatsapp [BENGKEL] [NAMA] [AHLI/UMUM] ke 01.789.666.4...

Friday, September 04, 2015

Program Cuti Sekolah 2015 kembali lagi !

Sempena cuti sekolah yang bakal tiba kami bawakan pengisian menarik untuk adik-adik. Dengan tema 'Keluar Pagi Balik Petang' peserta akan merasai sendiri pengalaman menyelusuri kota raya dan mempelajari aktiviti lasak sambil menikmati keindahan hutan kita. Terhad kepada 20 peserta sahaja. Daftar segera. Maklumat lanjut dan pendaftaran di http://bit.ly/cutisekolahgptd ...

Wednesday, September 02, 2015

Bengkel Asas Berkuda (6 September 2015)

Antara aktiviti yang diwajibkan setiap ahli GPTD antaranya adalah sukan berkuda. Kali ini kami buka kepada semua untuk mengenali dunia sukan berkuda. Terbuka kepada semua peringkat umur. Tempat terhad. Daftar segera. Untuk mendaftar sila SMS/WHATSAPP [KUDA] [NAMA] [AHLI/UMUM] ke 01.789.666...

Friday, August 28, 2015

Wacana Tariq Bin Ziyad, Pembukaan dan Ketamadunan Andalusia

22 Ogos 2015, Dewan Bahasa dan Pustaka - Diskusi Grup (DG) Ipoh dengan kerjasama GPTD dan Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan satu siri wacana bertajuk TARIQ BIN ZIYAD, PEMBUKAAN DAN KETAMADUNAN ANDALUSIA. Wacana yang dianjurkan oleh DG Ipoh ini merupakan salah satu gerak kerja dalam melengkapkan misi mereka ke Sepanyol pada bulan Jun 2016. Wacana ini menampilkan 3 orang ahli panel yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Panel...

Tuesday, August 18, 2015

Jemputan ke Wacana Tariq Bin Ziyad

Berita baik! Diskusi Grup (DG) Ipoh bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan satu wacana yang akan membincangkan kehebatan tokoh Tariq bin Ziyad dalam sumbangannya kepada kegemilangan Andalusia suatu ketika dahulu dan peranan yang boleh di ambil oleh generasi muda untuk meneladani perjuangan Tariq bin Ziyad. Justeru pihak kami ingin menjemput tuan/puan/saudara/saudari menyertai program ini TARIKH : 22 OGOS 2015 TEMPAT :BILIK...

Monday, August 03, 2015

Jamuan Hari Raya GPTD

8 Ogos 2015, Gombak- Telah diadakan satu Majlis Ramah Mesra Aidilfitri yang dianjurkan oleh pihak GPTD yang bertempat di Lantai Tiga. Majlis yang bertemakan Melayu ini menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti nasi ambeng, La mian,kuih-muih tradisional,buah buahan, ketupat dan banyak lagi. Terima kasih di ucapkan kepada tetamu-tetamu yang sudi hadir ke majlis kami.Semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan. Antara tetamu yang hadir Antara...

Saturday, August 01, 2015

Jom Baraan 6

1 Ogos 2015, Johor- Pada sabtu lalu,telah berlangsungnya program yang menjadi tradisi GPTD iaitu Jom Baraan untuk kali ke-6. Program yang berjalan selama satu hari ini membawa peserta kepada budaya masyarakat Johor yang menjadi budaya mereka untuk berkunjung ke rumah-rumah ketika hari raya untuk menziarahi dan juga marhaban. Seramai 35 orang peserta telah mendaftarkan diri dan sebanyak enam buah rumah yang telah dikunjungi oleh peserta-peserta...

Saturday, July 11, 2015

Iftar Perdana GPTD

10 Julai 2015, Gombak - GPTD telah menganjurkan program iftar perdana yang bertempat di Lantai Tiga,Gombak.Terdapat juga satu diskusi dinamika sejarah yang bertajuk Ibrah Badar yang di sampaikan oleh saudara Mohd Shazni Abdullah. Terdapat pelbagai hidangan makanan yang disediakan bagi tetamu yang hadir seperti nasi arab kuih muih dan banyak lagi. Di samping itu juga diadakan penyampaian sijil bagi pelajar-pelajar Kelas Bahasa Arab lanjutan....

Wednesday, July 08, 2015

Pertemuan GPTD bersama wakil Fundacion Mezquita De Sevilla (Yayasan Masjid Sevilla), Sepanyol.

7 Julai 2015, Kuala Lumpur-Telah berlangsungnya pertemuan yang diketuai oleh Relawan Cekap (RC) Jufitri Joha merangkap ketua GPTD SEPANYOL bertemu dengan wakil Fundacion Mezquita De Sevilla (Yayasan Masjid Sevilla), Sepanyol. Pertemuan ini adalah bagi menjalin kerjasama strategik antara GPTD (DG Ipoh) dan Fundacion Mezquita De Sevilla dalam menjejak kegemilangan Islam di Andalusia. p/s: Kehadiran mereka ke Malaysia adalah untuk mengumpul dana...

Tuesday, June 30, 2015

PROMOSI BUKU AMMAR KEMBALI LAGI!!!!

Kini promosi Buku Ammar kembali lagi!. Bukan satu,tapi kami bagi dua sekali! Dapatkan Buku Ammar secara kombo dengan harga yang begitu istimewa, iaitu RM50 SAHAJA! Setiap pembelian akan diberikan penanda buku dan badge edisi terhad secara PERCUMA! Bagi sesiapa yang berminat untuk medapatkan Buku Ammar ini boleh menghubungi secara whatsapp atau sms di talian 01.789.666.49. Dapatkan segera...

Jemputan ke Iftar Perdana dan Diskusi Dinamika Sejarah (DiNS)

Pihak GPTD berbesar hati ingin menjemput semua hadir ke Iftar Perdana dan Diskusi Dinamika Sejarah (DiNS) yang akan disampaikan oleh pengasas GPTD, Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman pada 10 Julai 2015 (Jumaat) di Lantai Tiga, Gombak, Kuala Lumpur bermula jam 5.30 petang. Pihak GPTD juga mengalu-alukan sumbangan untuk menjayakan iftar ini. Bagi yang ingin menyumbang boleh terus hubungi sekretariat melalui 01.789.666.49...

Monday, June 29, 2015

Kuliah Inspirasi Tokoh (KIT) 2015 Siri 4

27 Jun 2015, Kuala Lumpur- Telah berlangsung Kuliah Inspirasi Tokoh yang dianjurkn oleh GPTD pada 27 Jun 2015 yang bertempat di Bilik Mesyuarat Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. Kuliah ini disampaikan oleh Tokoh Belia Perdana Negara 2014 iaitu En. Jufitri Joha. Perkongsian ini disampaikan dengan begitu ringkas dan jelas. Daripada perkongsian ini dapatlah kita tahu siapa dan apa itu Moriscos di Sepanyol.El-Moriscos ialah umat  Islam...

Wednesday, June 24, 2015

Ziarah NGO (ZiGO) ke Khalifah Model School

23 Jun 2015, Selangor- Pihak GPTD telah menziarahi Sekolah (Menengah) Model Khalifah yang terletak di Sepang. Kami sempat bertemu dengan Timbalan Pengetua, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mendapatkan sedikit informasi sistem pembelajaran yang dijalankan. Sekolah ini sangat unik kerana menggunakan sistem pembelajaran bersemester. Para pelajar bukan sahaja diajar bidang akademik sahaja malah didedahkan dengan pelbagai skil dan praktikal yang menarik. GPTD...

Ziarah Tokoh (ZiTo) ke ByRoadtoMalaysia

23 Jun 2015,Selangor- Pihak GPTD telah berkunjung ke kediaman Tuan Jamalullail yang terkenal dengan pengembaraan beliau  melalui jalan darat dari UK ke Malaysia menggunakan caravan. Bermula dari jemputan perkongsian pengalaman pada Konvensyen Ketamadunan Dunia di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini sekali lagi beliau menyatakan hasrat untuk manjalinkan kerjasama dalam pengembaraan beliau sekerluarga. Kami juga dibawa melawat seluruh caravan...

Jemputan ke Kuliah Inspirasi Tokoh (KIT) "EL MORISCO DI SEPANYOL"

JOM DAFTAR! GPTD akan mengadakan Kuliah Inspirasi Tokoh Siri Ke 4 yang bertajuk "El Morisco di Sepanyol". Sepanyol sebuah negara yang mempunyai sejarah dan tamadun Islam Andalusia yang kita banggakan sehingga hari ini. Tamadun ini juga antara penyebab tertubuhnya GPTD setelah pengasasnya, Tuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman pulang dari Sepanyol pada tahun 2001. Disebalik itu juga tersimpan sebuah sejarah tentang Morisco. Siapakah mereka yang bergelar...

Monday, June 22, 2015

Relawan ke Banda Acheh

21 Jun 2015,Kuala Lumpur-Telah berangkat Diskusi Grup (DG) Tembila ke Banda Acheh dalam misi menjejak tokoh sejarah Islam seperti Syeikh Abdul Rauf Singkel dan Sultan Iskandar Muda. Mereka juga akan ke pusat manuskrip yang terletak di Dayah Tanoh Abee. Menjadi cabaran bagi mereka kerana bergerak pada bulan Ramadhan. Semoga usaha mereka dipermudah...

Monday, June 15, 2015

Kem Asas Sukarelawan dan Jatidiri (SAKTI) kali ke 7

14 Jun 2015,Selangor- Telah Berakhirnya Kem Asas Sukarelawan dan Jatidiri (SAKTI) kali ke 7 yang diadakan di Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam. Kem yang berjalan selama tiga hari dua malam ini bermula pada 12 Jun 2015 dan berakhir pada 14 Jun 2015 telah berjalan dengan baik dan lancar. Banyak aktiviti yang menarik dijalankan sepanjang kem ini di laksanakan.Antara aktiviti yang dijalankan ialah:                ...

Tuesday, June 09, 2015

Relawan GPTD Ke Banda Acheh

9 Jun 2015,Gombak-Telah berangkat Diskusi Grup (DG) Gong Badak 2 ke Banda Aceh dalam misi Menjejak Perkembangan Islam di Banda Aceh fokus kepada Masjid Raya Baiturrahman. Selamat menjalankan misi dan dipermudahkan segala urusan di sa...

Thursday, June 04, 2015

Malam Apresiasi Sukarelawan & Kutipan Dana Global Peace Mission (GPM) Malaysia

3 Jun 2015, Selangor- Beberapa ahli Exco GPTD telah hadir ke Malam Apresiasi Sukarelawan & Kutipan Dana yang dianjurkan oleh Global Peace Mission (GPM) Malaysia. Tahniah diucapkan kepada sukarelawan yang dianugerahkan pada malam tadi. GPM adalah rakan strategik GPTD dalam menjalankan misi kemanusian di seluruh dunia. Antara Exco yang hadir ke Malam Apresiasi Sukarelawa...