Thursday, July 22, 2010

Pendaftaran GPTD sudah diluluskan


Setelah hampir setahun usaha menubuhkan GPTD sebagai satu pertubuhan belia yang dapat bergerak secara sah dan mandiri, Pertubuhan Belia Malaysia akhirnya telah meluluskan permohonan penubuhan GPTD dengan beberapa pindaan.

Pada 23 Mei 2010, GPTD secara sahnya diperakui sebagai pertubuhan belia yang berdaftar dengan no pendaftaran PPBM 6353/10 atas nama Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia.

Nama GPTD yang sedia terpakai sebelum ini tidak dapat digunapakai untuk tujuan penubuhan di bawah Pertubuhan Belia Malaysia atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Maka, nama baru ini didaftarkan dengan menggunapakai ringkasan nama yang sama iaitu GPTD.

Pihak GPTD baru sahaja menerima sijil perakuan yang dilampirkan di atas dan diharapkan pendaftaran ini dapat memberikan kesan proaktif ke dalam diri setiap ahli untuk terus memajukan diri dengan menjadi relawan yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan global.

Tahniah kepada semua!