Tuesday, May 18, 2010

Kunjungan ke Berlin, Jerman

Berlin, 8 Mei / 24 Jamadilawal - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD mengunjungi Jerman selama tiga hari menghadiri Persidangan Isu Palestin peringkat Eropah. Selain itu beliau turut serta dalam program Satay Somay anjuran Masjid al-Falah iaitu sebuah Masjid Indonesia di Berlin. Selain melawat kesan sejarah Tembok Berlin dan pemerintahan Hitler, beliau turut membuat kunjung hormat kepada Encik Muzafar Shah Mustafa, Setiausaha Pertama Kedutaan Malaysia di Jerman.

Dalam pertemuan bersama Encik Muzafar, pelbagai isu dibincangkan meliputi isu semasa, situasi umat Islam di Jerman dan kerjasama Ngo dan golongan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam kerja-kerja kesukarelaan. Begitu juga pertemuan bersama Pak Dody Hardiman, AJK Masjid al-Falah juga membuahkan silaturahim dan jaringan yang amat strategik di masa hadapan. Ikuti catatan ringkas saudara Jufitri bertajuk 'Suara dari Sebalik Tembok Berlin' di http://gptd-spain.blogspot.com/